JEMPUTAN CERAMAH BERKAITAN KEPENTINGAN MELAKSANAKAN FIDYAH DI MASJID TAMAN RAKAN CHERAS KAJANG
JEMPUTAN CERAMAH BERKAITAN KEPENTINGAN MELAKSANAKAN FIDYAH DI MASJID TAMAN RAKAN CHERAS KAJANG
Shah Alam 27 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Audit Dalam dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan Seminar Pengurusan Dana Masjid dan Surau Negeri Selangor di sini hari ini bertujuan sebagai salah satu pendedahan terhadap keperluan integriti dalam mengurus dana-dana yang diterima daripada agensi dan orang awam termasuk masjid dan surau.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
Dalam ucapannya beliau turut berpesan agar melalui seminar ini, seluruh pihak. Jawatankuasa Surau Solat Jumaat ini dapat memberikan komitmen dan tanggungjawab yang penuh dalam merealisasikan hasrat MAIS dan JAIS bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran surau Solat Jumaat di negeri Selangor ini sifar daripada segala ketirisan.
Seramai 170 orang peserta di kalangan ahli jawatankuasa Surau Solat Jumaat terlibat dalam program kali ini.
Peserta didedahkan dengan perkongsian bertajuk “Konsep Madani Dalam Islam” yang dibentangkan oleh YBhg. Prof Datuk Dr. Azizan Baharuddin Pengarah Pusat Peradaban Universiti Malaya. Diikuti dengan perkongsian bertajuk Aspirasi D.Y.M.M Sultan Selangor: Pelaksanaan Garis Panduan Kewangan, Perolehan dan Aset Masjid dan Surau Negeri Selangor oleh YBhg. Ustaz Hashim Mohamed, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid JAIS.
Seterusnya turut disampaikan segmen Dialog bertajuk Tatakelola Dana Awam, Elak Ketirisan yang disampaikan oleh panel PKPj Ridzuan Abd. Malik Timbalan Pengarah (Pencegahan) dari SPRM Selangor dan Tuan Zaharudin Bin Salim, Pengarah Strategi Korporat, MAIS.
Program setengah hari ini turut dihadiri Puan Rohana Hassan, Ketua Audit Dalam MAIS.
SHAH ALAM, 14 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 16...
CERAMAH: TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA SEBELUM DAN SELEPAS KEMATIAN DI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
KUALA SELANGOR, 13 DIS -.Pihak MAIS melalui unit Baitulmal Daerah...
KELANTAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di...
KELANTAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di...