MAIS, PENGASIH SELANGOR ANJUR PROGRAM BENGKEL KELUARGA PENGASIH 2024

MAIS, PENGASIH SELANGOR ANJUR PROGRAM BENGKEL KELUARGA PENGASIH 2024

430969894 781540967224438 2778609507814356356 n
PELABUHAN KLANG, 25 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab dengan kerjasama Pengasih Selangor menganjurkan Program Bengkel Keluarga Pengasih Tahun 2024 bermula pada 23 Februari sehingga 25 Februari 2024.
 
Program ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran tentang penjagaan kesihatan, mental dan pengurusan ketagihan bagi ibu bapa, keluarga atau penjaga asnaf Riqab yang sedang menjalani proses pemulihan.
 
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkasakan keluarga supaya mampu bertindak sebagai pendukung utama dalam proses pemulihan dan kepulihan.
 
Seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan penjaga para asnaf riqab yang sedang menjalani proses pemulihan di Rumah Pemulihan Riqab terlibat dalam program ini.
 
Antara penceramah yang mengisi slot perkongsian ilmu dalam program ini adalah Encik Razman Rahmat, Pakar Terapi Pengalahgunaan Bahan Terlarang, Encik Jaafar Daud, Pengerusi Pengasih Selangor, dan Encik Hafizi Harun, Kaunselor Berdaftar
Disamping itu juga, peserta juga berpeluang mengikuti slot Forum “Isu-Isu Penagihan Dan Pemulihan Masa Kini” yng dikendalikan oleh Moderator, Encik Jaafar Daud. Selain itu, turut hadir ahli panel forum ini adalah Puan Adillah Atan, Penasihat Undang-undang Pengasih Selangor dan Dato Prof. Dr. Abd Halim Hussin, Mantan Ketua Pengarah AADK.
 
Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS.
Dalam ucapannya, beliau turut memuji komitmen yang diberikan oleh peserta sepanjang program ini dan berharap agar peserta sebagai ahli keluarga kepada asnaf riqab terus menjadi pendorong dan pendukung utama dalam proses pemulihan dan kepulihan ahli keluarga masing-masing.
 
Selain itu, peserta juga dinasihatkan agar terus isiqamah dalam menjadi kelompok sokongan dan dokongan sebagai ahli keluarga.
 
Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program ini dan berharap agar lebih banyak lagi program seperti ini diadakan.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor