MAIS TERIMA KUNJUNGAN THE WORLD ZAKAT AND WAQF FORUM (WZWF), ASSOCIATION IN NIGERIA (AZAWON) DAN GOBARAKAH
MAIS TERIMA KUNJUNGAN THE WORLD ZAKAT AND WAQF FORUM (WZWF), ASSOCIATION IN NIGERIA (AZAWON) DAN GOBARAKAH
SHAH ALAM, 27 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan dari The World Zakat And Waqf Forum (WZWF), Association In Nigeria (Azawon) dan GoBarakah yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Ghazali Md Noor, Setiausaha Agung WZWF.
Â
Lawatan seramai 13 orang pegawai disambut mesra oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung pengurusan wakaf dan zakat di negeri Selangor selain membina peluang kerjasama dalam meningkatkan pendapatan, pemerkasaan komuniti dan pembangunan terutama dalam pengurusan wakaf dan zakat.
Antara lain Encik Rizal Kamaruzzaman selaku Setiausaha Eksekutif WZWF berkongsi maklumat perkembangan WZWF yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi serta anak syarikat yang berkaitan.
Â
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan WZWF, Azawon dan GoBarakah.
Â
Hadir sama dalam perbincangan ialah Encik Rohaizul Mohamed Kholil, Pengarah Kewangan MAIS; Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan MAIS; Encik Zaharuddin Salim, Pengarah Strategi Korporat MAIS dan Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS.
Â
Turut terlibat ialah Ustaz Anuar Hamzah Mohd Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Encik Ahmad Fadhil Hassan, Ketua Pegawai Operasi Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah...