Berita MAIS

BENGKEL PELAN STRATEGIK PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (PIBK) MENANGANI ANCAMAN ISU SEMASA UMMAH (SIRI 3)
PETALING JAYA, 14 September 2022 – Bengkel Pelan Strategik Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) Menangani Ancaman Isu telah diadakan pada 13 & 14 September 2022. Bengkel dua hari ini dihadiri seramai 40 orang peserta di kalangan wakil-wakil Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan yang bernaung dibawah MAIS. Bengkel diadakan bertujuan membangunkan prosedur standard operasi untuk tindakan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dibawah MAIS yang lebih kolektif, komprehensif dan berkesan bagi menangani ancaman isu semasa ummah dan membentuk pasukan-pasukan bertindak yang bertanggungjawab memastikan setiap ancaman isu semasa ummah diambil tindakan yang wajar, patut dan perlu. Perkongsian isu semasa ummah turut dibentangkan oleh wakil dari beberapa agensi seperti Jabatan Mufti Negeri Selangor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK) dan Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS. Bengkel dirasmikan oleh YBhg Encik Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS manakala perasmian penutup disempurnakan oleh YBhg Puan Sabariah binti Salleh, Setiausaha Jawatankuasa Dakwah Negeri Selangor, MAIS merangkap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS Di akhir bengkel, pasukan-pasukan bertindak PIBK yang mempunyai fungsi dan tanggungjawab secara khusus dalam menangani sesuatu isu semasa ummah telah dibentuk beserta SOP tindakan. Turut hadir, Ustazah Hafizatul Akmal Abd Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor