Berita MAIS

PENGERUSI MAIS HADIR MAJLIS PENGURNIAAN WATIKAH PELANTIKAN DAN PENGHARGAAN AHLI JAWATANKUASA BAWAH MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL ISLAM MALAYSIA
16 September 2022 – YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menghadiri Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Penghargaan Ahli Jawatankuasa bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia. Majlis disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI). DYMM Sultan Selangor adalah Raja Pemerintah yang pertama diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja untuk mempengerusikan MKI. Majlis bertujuan bagi menzahirkan setinggi penghargaan kepada ahli dilantik yang tamat pelantikan seiring dengan penstrukturan semula MKI dan pengurnian Watikah Pelantikan kepada ahli jawatankuasa baharu MKI oleh DYMM Sultan Selangor. Semoga jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuh di bawah MKI dapat bergerak dengan progresif pada masa hadapan untuk melakar lebih banyak kejayaan. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor