Berita MAIS

PROGRAM LE TOUR D'MASJID - MASJID BANDAR SERI PUTRA, BANGI
29 Julai 2022 – Program Le Tour D’Masjid sempena Program Penghayatan Bulan Muallaf Tahun 2022 diteruskan di Masjid Bandar Seri Putra, Hulu Langat. Taklimat berkenaan pengurusan pengislaman di Negeri Selangor dan peranan institusi Masjid dan orang awam itu telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaipullah bin Mohamad Kassim, Eksekutif Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS. Dalam taklimat ini dijelaskan peranan MAIS dalam mengurus pendaftaran pengislaman di Negeri Selangor, penerangan syahadah dan senarai semak pengislaman, kepentingan menjaga akidah mereka dan cakna tentang permasalahan muallaf yang tinggal di kawasan kediaman mereka. Juga ditekankan tentang peranan institusi seperti masjid dalam menyantuni muallaf dan membantu mereka sehingga mereka boleh mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Program bermula pada 12.50 tengahari sehingga  sebelum Solat Jumaat ini dihadiri oleh para jemaah yang hadir untuk menunaikan Solat Jumaat di masjid ini. Khutbah dan Imam Solat Jumaat oleh Nazir Masjid, YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah merangkap Anggota MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor