HASRAT IBU MENGHIBAHKAN HARTANYA KEPADA WARIS-WARIS
HASRAT IBU MENGHIBAHKAN HARTANYA KEPADA WARIS-WARIS
28 Ogos 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Harta Baitulmal telah mengadakan perjumpaan dengan penghibah bersama anak-anaknya.
MAIS diwakili oleh Ustaz Hanzalah Zolkefli, Eksekutif Dakwah, Bahagian Dakwah & Pemasaran Baitulmal MAIS.
Dalam perjumpaan tersebut penghibah (ibu) telah menyatakan hasratnya untuk memberikan harta kepada 6 orang anaknya secara sama rata.
Sebelum proses dokumentasi hibah dibuat adalah menjadi keperluan kepada pemohon & waris-waris memahami terlebih dahulu kaedah pelaksanaan hibah.
Waris-waris juga berterima kasih kepada pihak MAIS kerana sudi bertemu dengan ibu mereka di rumahnya memandangkan kondisi kesihatan ibunya agak terbatas untuk hadir ke pejabat MAIS.
Rancang & urus harta anda bersama MAIS melalui SISWA MAIS. Promosi potongan harga 50% bagi permohonan wasiat masih terbuka sehingga 18 September 2022 kepada semua pelanggan.
Isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. atau...
KUANTAN, 14 OKT-MAIS melalui Baitulmal telah dijemput untuk menyampaikan Forum...
SHAH ALAM, 12 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 10 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Kemajuan teknologi telah merubah cara manusia berkomunikasi. Jika dahulu, interaksi...