MAIS TERIMA LAWATAN DARI PERTUBUHAN KASIH KHAIROSMA
MAIS TERIMA LAWATAN DARI PERTUBUHAN KASIH KHAIROSMA

SHAH ALAM, 19 September 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan dari Pertubuhan Kasih Khairosma di sini pada 19 September 2022.
Lawatan seramai 4 orang diketuai Encik Mohd Khairulnizam Mohammad Wahi, Pengerusi Pertubuhan Kasih Khairosma bertujuan mengeratkan silaturahim dan berkongsi perkembangan terkini berkaitan pertubuhan.
MAIS diketuai oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial mengalu-alukan kehadiran lawatan. Turut hadir Ustaz Muhammad Zulhusni Abd Rashid, Ketua Bahagian Pemulihan Riqab; Ustazah Hafizatul Akmal Abd Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK dan Puan Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat.
Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara MAIS dan Pertubuhan Kasih Khairosma.
Tabarruk diertikan sebagai perbuatan mengambil berkat. Perkataan berkat itu sendiri...
SHAH ALAM, 28 Jun-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Agensi...
SEPANG, 23 Jun – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),...
PUNCAK ALAM – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran: فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ...