Berita MAIS

MAIS TERIMA LAWATAN DARI DU’AH FARAIDH MALAYSIA
9 Disember 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Du’ah Faraidh Malaysia (DFM) Delegasi DFM seramai 8 orang diketuai oleh Ustaz Mohd Khusairi bin Saleh,  Pengerusi DFM, bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan harta pusaka Islam di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi perkembangan terkini. Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal mengalu-alukan kehadiran delegasi dari DFM. “Terima kasih kepada pihak DFM, semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa ilmu faraid dan pengurusan kehartaan umat Islam. “Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik antara MAIS dan DFM dalam menguruskan harta umat Islam selari dengan hukum syarak,” katanya. Turut hadir mewakili MAIS ialah Ustaz Mohamad Salleh Abd Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran MAIS, Ustaz Shahrul Hafiz, Ketua Unit Operasi, Bahagian Harta Baitulmal. Rancang harta anda bersama Baitulmal MAIS. Sila layari https://siswa.mais.gov.my untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara dalam talian. Urus pembahagian harta pusaka si mati melalui MAIS secara dalam talian di https://efaraid.mais.gov.my MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor