MAIS TERIMA LAWATAN DARI DU’AH FARAIDH MALAYSIA
MAIS TERIMA LAWATAN DARI DU’AH FARAIDH MALAYSIA
9 Disember 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Du’ah Faraidh Malaysia (DFM)
Delegasi DFM seramai 8 orang diketuai oleh Ustaz Mohd Khusairi bin Saleh, Pengerusi DFM, bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan harta pusaka Islam di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi perkembangan terkini.
Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal mengalu-alukan kehadiran delegasi dari DFM.
“Terima kasih kepada pihak DFM, semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa ilmu faraid dan pengurusan kehartaan umat Islam.
“Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik antara MAIS dan DFM dalam menguruskan harta umat Islam selari dengan hukum syarak,” katanya.
Turut hadir mewakili MAIS ialah Ustaz Mohamad Salleh Abd Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran MAIS, Ustaz Shahrul Hafiz, Ketua Unit Operasi, Bahagian Harta Baitulmal.
Rancang harta anda bersama Baitulmal MAIS. Sila layari https://siswa.mais.gov.my untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara dalam talian.
Urus pembahagian harta pusaka si mati melalui MAIS secara dalam talian di https://efaraid.mais.gov.my
SHAH ALAM, 14 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 16...
CERAMAH: TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA SEBELUM DAN SELEPAS KEMATIAN DI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
KUALA SELANGOR, 13 DIS -.Pihak MAIS melalui unit Baitulmal Daerah...
KELANTAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di...
KELANTAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di...