Berita MAIS

INTERNATIONAL SHOWCASE ON ECONOMIC EMPOWERMENT FOR PERSON WITH AUTISM (ISEEPA 2023) MEMPERKASAKAN GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DAN AUTISME
Kajang 11 Februari 2023 – Yang Berhormat Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia hari ini merasmikan International Showcase on Economic Empowerment for Person with Autism (ISEEPA 2023) bersempena Karnival dan Pameran Sambutan Ulang Tahun Penubuhan UIS ke-28. Keperihatinan yang tinggi dan sokongan padu daripada rakan-rakan NGO, Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Menteri Kesihatan Malaysia (KKM) mendorong Universiti Islam Selangor (UIS) meneruskan iltizam memperkasakan Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Autisme menerusi penganjuran program ini khususnya memberikan kesedaran kepada organisasi dan masyarakat dalam membantu mereka dan ibu bapa yang mempunyai anak autisme. Turut hadir dalam Majlis Perasmian ini adalah Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS. UIS merupakan sebuah anak syarikat MAIS dan MAIS mengucapkan tahniah di atas kejayaan penganjuran program yang bermanfaat ini. Penganjuran ISEEPA 2023 ini mendapat kerjasama penuh daripada rakan NGO; Malaysian Care, NASOM, Yayasan Gamuda, Autism Café Project dan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Program sebegini bermula sejak tahun 2018 lagi, disusuli dengan kejayaan menghasilkan Model Pemberdayaan Autisme melalui penyelidikan yang rapi pada tahun 2020. Model ini kemudiannya disambut baik oleh Persatuan Cakna Filantropi Malaysia (PhilCare) untuk dilaksanakan dan dimeterai melalui MoU yang telah ditandatangani pada tahun 2022. Bersempena sambutan 28 tahun penubuhan, UIS turut menyatakan pendirian memberikan sokongan penuh kepada golongan OKU melalui Dasar Inklusif UIS terhadap OKU. Dasar ini turut dilancarkan oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Rektor UIS dan disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Sementara itu, Karnival dan Pameran Sambutan Ulang Tahun Penubuhan yang bermula 11 hingga 15 Februari 2023 ini menyajikan pelbagai program menarik antaranya acara mewarna bagi kanak-kanak Autisme dan Wacana Ilmiah, Karnival Keusahawanan dan Kerjaya, aktiviti berkayak, career talk, slot motavasi pelajar tahun akhir, dan pelbagai jualan diadakan antaranya gerai makanan, pakaian, barang-barang aksesori dan lain-lain. Turut dianjurkan pada 12 Februari 2023 (Ahad) ialah 2nd Penyang Fun Run yang merupakan kesinambungan daripada program ISEEPA ini dan telah menerima 300 penyertaan termasuk orang awam, warga UIS dan golongan OKU & Autisme. – CorpComm UIS Maklumat lanjut berhubung Karnival dan Pameran Sempena Ulang Tahun Penubuhan KISDAR – KUIS –UIS Ke- 28 ini boleh hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di alamat email stratcomm@kuis.edu.my. INTERNATIONAL SHOWCASE ON ECONOMIC EMPOWERMENT FOR PERSON WITH AUTISM (ISEEPA 2023) MEMPERKASAKAN GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DAN AUTISME Ampang, 10 Februari – Seramai 26 orang pelatih daripada Rumah… Berita Penuh February 27, 2023 26 PELATIH AR RIQAB BERJAYA TAMAT PROGRAM BAKERI & KONFEKSIONERI Ampang, 10 Februari – Seramai 26 orang pelatih daripada Rumah… Berita Penuh February 27, 2023 334 KELUARGA SEKITAR DAERAH PETALING DIBANTU Alhamdulillah selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi… Berita Penuh February 27, 2023 KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR SHAH ALAM KE MAIS SHAH ALAM, 9 Februari  – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 27, 2023 86 PEGUAM SYARIE NEGERI SELANGOR TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN SHAH ALAM– Seramai 86 orang peguam syarie yang baharu dilantik… Berita Penuh February 27, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor