26 PELATIH AR RIQAB BERJAYA TAMAT PROGRAM BAKERI & KONFEKSIONERI
26 PELATIH AR RIQAB BERJAYA TAMAT PROGRAM BAKERI & KONFEKSIONERI
Ampang, 10 Februari – Seramai 26 orang pelatih daripada Rumah Pemulihan Riqab yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berjaya menamatkan Program Bakeri & Konfeksioneri anjuran Mental Health Foundation hari ini.
Sebelum itu, Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof hadir bagi merasmikan Majlis Penyerahan Sijil Pelatih-Pelatih Program Bakeri & Konfeksioneri anjuran Mental Health Foundation.
Dalam Majlis Penyerahan tersebut, Pengerusi MAIS berkata, program seperti ini amat penting dalam membentuk modal insan berilmu serta berakhlak mulia terutamanya kepada asnaf Ar Riqab ini.
“Kita mendapati peranan latihan dan pemulihan untuk asnaf Ar Riqab ini telah berubah dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya.”
“Pelatih-pelatih bukan saja datang ke sini untuk mengikuti latihan tetapi dididik menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia di samping membentuk mereka menjadi seorang usahawan dan mampu berdikari pada masa hadapan, ” ujarnya.
Turut hadir dalam Majlis Penyerahan ini ialah YBhg. Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Anggota MAIS dan Ustaz Mohd Yasser Abdul Ghani, Ketua Bahagian Pemulihan Ar Riqab, MAIS.
Antara pelatih yang terlibat dalam program ini ialah daripada Rumah Penawar, Rumah Darul Islah dan Rumah Sahabat.
Pendahuluan Secara asasnya, Allah SWT menjadikan manusia hidup secara berpasangan...
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...