LAWATAN MAIS KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU
TERENGGANU, 13 Feb –  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan lawatan ke Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu hari ini. Delegasi MAIS seramai 23 orang pegawai diketuai oleh Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS disambut mesra oleh YAA Dato Haji Wan Mohd Zakri Wan Mohd, Ketua Hakim Syarie Terengganu serta pegawai-pegawai yang hadir. Lawatan MAIS bertujuan untuk melihat pengurusan dan pentadbiran dalam mengendalikan kes-kes perintah mahkamah oleh pelatih yang dihantar ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan dan Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman. Antara lain dalam lawatan ialah perkongsian taklimat ringkas daripada Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu oleh Ketua Hakim Syarie Terengganu. Turut hadir mewakili MAIS ialah Prof Madya Dr Ahmad Najaa’ Mokhtar, Ahli Lembaga Pelawat Baitul Iman. Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama yang erat antara MAIS dan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dalam menambah baik pengurusan kes-kes perintah mahkamah di masa akan datang. LAWATAN MAIS KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU TERENGGANU, 12 Feb – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh February 27, 2023 MAIS LAWAT SEKOLAH TUNAS BAKTI (P), MARANG TERENGGANU, 12 Feb – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh February 27, 2023 INTERNATIONAL SHOWCASE ON ECONOMIC EMPOWERMENT FOR PERSON WITH AUTISM (ISEEPA 2023) MEMPERKASAKAN GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DAN AUTISME Kajang 11 Februari 2023 – Yang Berhormat Dr. Zaliha Mustafa,… Berita Penuh February 27, 2023 26 PELATIH AR RIQAB BERJAYA TAMAT PROGRAM BAKERI & KONFEKSIONERI Ampang, 10 Februari – Seramai 26 orang pelatih daripada Rumah… Berita Penuh February 27, 2023 334 KELUARGA SEKITAR DAERAH PETALING DIBANTU Alhamdulillah selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi… Berita Penuh February 27, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor