MAIS TERIMA LAWATAN PENYELIDIKAN DARI UniPSAS
SHAH ALAM, 8 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS). Delegasi diketuai oleh YH. Prof. Madya. Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin Naib Canselor merangkap Ketua Projek Penyelidikan UnipSAS. Turut ikut serta adalah Ustaz Abdul Halim bin Abdul Karim Ketua Jabatan Syariah dan Dr. Saad Elghomazy Abdel Moaty Mahmoud, pensyarah Jabatan Syariah. Lawatan bertujuan untuk dapatan kajian dan Penanda Aras Pengurusan Harta Tidak Patuh Syariah yang dilaksanakan oleh Baitulmal MAIS di samping mengeratkan hubungan silaturrahim. Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal mengalu-alukan kehadiran delegasi UniPSAS dan seterusnya mempengerusikan lawatan hari ini. “Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa urusan kehartaan serta solusi kepada umat Islam,”katanya. Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera Shahril juga turut berkongsi maklumat pengurusan Wang Tak Patuh Syariah (WTPS) MAIS kepada delegasi UniPSAS. Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan UniPSAS. Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://siswa.mais.gov.my info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my   MAIS TERIMA SERAHAN PUSAKA BAHAGIAN BAITULMAL SHAH ALAM 21 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 27, 2023 HARI INI 621 KELUARGA SEKITAR DAERAH SEPANG, HULU LANGAT & KUALA LANGAT DIBANTU Alhamdulillah selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi… Berita Penuh February 27, 2023 MAIS LANCAR KALKULATOR FIDYAH PUASA, MUDAHKAN MASYARAKAT ISLAM MEMBUAT PENGIRAAN BAYARAN FIDYAH – Sempena Kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor 2023 SHAH ALAM, 21 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 27, 2023 BENGKEL KEMASKINI GERAK KERJA PENGURUSAN KES MAHKAMAH SHAH ALAM, 18 Februari –  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 27, 2023 694 KELUARGA SEKITAR DAERAH SEPANG & KUALA SELANGOR DIBANTU Selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi penerima… Berita Penuh February 27, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor