Galleries

TAKLIMAT BERKAITAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA ANAK YATIM DI MASJID NURUL IMAN, SERENDAH, HULU SELANGOR
HULU SELANGOR, 23 MAC – Sempena Majlis Sumbangan Duit Raya Aidilfitri oleh Raja Muda Selangor kepada anak-anak yatim di Hulu Selangor, pihak MAIS melalui sektor Baitulmal Daerah telah dijemput oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) untuk memberi taklimat kepada penjaga anak yatim yang berdaftar berkaitan pengurusan harta anak yatim di Negeri Selangor. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Izhar Ismail, Ketua Zon Timur Baitulmal Daerah berkenaan tajuk yang diberi dan dibantu oleh pegawai dari Baitulmal Daerah Hulu Selangor. Pihak YIDE & Baitulmal MAIS bekerjasama dalam membantu penjaga anak yatim berkaitan pusaka.Semoga usaha ini dapat membantu para penjaga anak yatim khususnya ibu tunggal dalam pengurusan kebajikan dan harta pusaka berkaitan anak yatim. Baitulmal MAIS di setiap Pejabat Agama Daerah sedia memberi khidmat runding cara faraid, perkhidmatan wasiat, hibah dan lain-lain. Berita disediakan oleh Bahagian Baitulmal Daerah Hulu Selangor. Jom Bersedekah Melalui MAIS : https://mais.gov.my/sedekah/ Info lanjut, sila layari:www.mais.gov.my#mais #menjunjungamanah #penama #pentadbir #wasiat #hibah #hartapusaka #islamicestateplanning    TAKLIMAT BERKAITAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA ANAK YATIM DI MASJID NURUL IMAN, SERENDAH, HULU SELANGOR SHAH ALAM, 21 Mac– Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari… Berita Penuh March 23, 2024 MAIS TERIMA KUNJUNGAN YAYASAN DIGITAL MALAYSIA SHAH ALAM, 21 Mac– Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari… Berita Penuh March 21, 2024 MAIS AGIH 1500 BUBUR LAMBUK SHAH ALAM — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengagihkan juadah… Berita Penuh March 21, 2024 AGIHAN FIDYAH MAIS TAHUN 2024 BERJUMLAH RM95,890.00 DIAGIH KEPADA 430 PENERIMA YANG LAYAK 20 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan… Berita Penuh March 20, 2024 JEMPUTAN CERAMAH PROGRAM IHYA RAMADAN ANJURAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR SHAH ALAM, 19 MAC – MAIS melalui Sektor Baitulmal telah… Berita Penuh March 19, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor