TAKLIMAT BERKAITAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA ANAK YATIM DI MASJID NURUL IMAN, SERENDAH, HULU SELANGOR

TAKLIMAT BERKAITAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA ANAK YATIM DI MASJID NURUL IMAN, SERENDAH, HULU SELANGOR

434354701 795217355856799 4900235944985341147 n
HULU SELANGOR, 23 MAC – Sempena Majlis Sumbangan Duit Raya Aidilfitri oleh Raja Muda Selangor kepada anak-anak yatim di Hulu Selangor, pihak MAIS melalui sektor Baitulmal Daerah telah dijemput oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) untuk memberi taklimat kepada penjaga anak yatim yang berdaftar berkaitan pengurusan harta anak yatim di Negeri Selangor.
 
Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Izhar Ismail, Ketua Zon Timur Baitulmal Daerah berkenaan tajuk yang diberi dan dibantu oleh pegawai dari Baitulmal Daerah Hulu Selangor.
 
Pihak YIDE & Baitulmal MAIS bekerjasama dalam membantu penjaga anak yatim berkaitan pusaka.
Semoga usaha ini dapat membantu para penjaga anak yatim khususnya ibu tunggal dalam pengurusan kebajikan dan harta pusaka berkaitan anak yatim.
 
Baitulmal MAIS di setiap Pejabat Agama Daerah sedia memberi khidmat runding cara faraid, perkhidmatan wasiat, hibah dan lain-lain.
 
Berita disediakan oleh Bahagian Baitulmal Daerah Hulu Selangor.
 
Jom Bersedekah Melalui MAIS : https://mais.gov.my/sedekah/
 
 
 
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor