MAJLIS IFTAR RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS DAERAH SABAK BERNAM

MAJLIS IFTAR RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS DAERAH SABAK BERNAM

432980070 795340179177850 8615793608768347892 n
Sabak Bernam, 22 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Ar-Riqab telah mengadakan Majlis Iftar Bersama Asnaf Riqab di Rumah Pemulihan Riqab iaitu Rumah Kebajikan Darul Islah.
 
Peserta yang terlibat dalam program hampir 50 orang melibatkan 1 buah Rumah Pemulihan Riqab antaranya Rumah Penawar Desa Manzil.
 
Majlis ini dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi Jawatankuasa Riqab merangkap Anggota MAIS.
 
Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, Pn. Hjh. Zaihan Mohd Zain; Pengerusi Lembaga Pelawat YBhg. Tuan Mohd Yunus bin Aminuddin, dan Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf & Pembangunan PIBK, Ustazah Hjh. Hafizatul Akmal Abdul Jalil serta Pegawai-Pegawai dari Bahagian Pemulihan Ar- Riqab, MAIS.
 
Majlis ini bertujuan membina hubungan yang responsif diantara pihak MAIS dengan Rumah Pemulihan Riqab MAIS dan menghidupkan budaya sunnah berbuka puasa dan solat secara berjemaah.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor