MAIS TERIMA KUNJUNGAN YAYASAN DIGITAL MALAYSIA

MAIS TERIMA KUNJUNGAN YAYASAN DIGITAL MALAYSIA

432777220 792433186135216 5115291094434453523 n 1
SHAH ALAM, 21 Mac– Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan dari Yayasan Digital Malaysia (YDM) yang diketuai oleh Encik Ahmad Faizal Zulkipli, Ketua Pegawai Operasi YDM.
 
Lawatan seramai tiga orang disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di samping memperkenalkan pertubuhan dan menjalinkan kerjasama yang bersesuaian dengan MAIS.
 
Antara lain Encik Ahmad Faizal berkongsi maklumat perkembangan pertubuhan yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi serta anak syarikat yang berkaitan.
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan YDM.
 
Hadir sama mewakili MAIS ialah Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan) MAIS; Encik Zaharuddin Kadiron, Pengarah Teknologi Maklumat MAIS dan wakil pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).
 
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor