MAJLIS IFTAR RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS DAERAH HULU SELANGOR

MAJLIS IFTAR RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS DAERAH HULU SELANGOR

432957737 791821839529684 5244297602363957948 n
HULU SELANGOR, 19 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab mengadakan Majlis Iftar Bersama Asnaf Riqab di Rumah Pemulihan Riqab iaitu Rumah Astana Budi.
 
Peserta yang terlibat dalam program hampir 90 orang melibatkan lapan buah Rumah Pemulihan Riqab antaranya ialah Rumah Teduhan Kasih Bukit Beruntung, Rumah Sinar kasih, Rumah Oku Nur, Rumah Baitul Islah Bukit Beruntung, Rumah Akhlak Insani, Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK dan Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman MAIS.
 
Program ini dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi Jawatankuasa Riqab merangkap Anggota MAIS.
 
Turut hadir dalam majlis ini ialah Puan Hajah Zaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Tuan Mohd Yunus Aminuddin, Pengerusi Lembaga Pelawat; Dr Abdul Ghani Mohd Hashim, Ahli Lembaga Pelawat dan Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf & Pembangunan PIBK Ustazah Hafizatul Akmal binti Abdul Jalil serta Pegawai-Pegawai dari Bahagian Pemulihan Ar- Riqab, MAIS.
 
Majlis ini bertujuan membina hubungan yang responsif di antara pihak MAIS dengan Rumah Pemulihan Riqab MAIS dan menghidupkan budaya sunnah berbuka puasa dan solat secara berjemaah.
Majlis ini juga turut diserikan dengan tazkirah ramadan yang bertajuk menyucikan hati. Tazkirah disampaikan oleh YBhg. Dr. Hj Jahid bin Hj Sidek al-khalidi, Pengasas Pusat Perlindungan Astana Budi.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor