SHAH ALAM, 28 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah melaksanakan penyelidikan bagi isu-isu hal ehwal Islam Selangor dengan menghasilkan sebanyak lima tajuk kajian bagi tahun 2023/2024. Kesemua hasil penyelidikan ini akan digunakan sebagai panduan dan kaedah penyelesaian serta dapat menambahbaik perkhidmatan kepada masyarakat Islam Selangor. Majlis penyerahan hasil penyelidikan MAIS tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dan dirasmikan oleh YAD Dato’ Haji Emran Haji Kadir, Timbalan Pengerusi MAIS dalam Majlis Perasmian Penutup Simposium Penyelidikan Islam Selangor 2024 di sini hari ini. Di antara kajian yang telah dihasilkan adalah Kajian Analisis Profil Anak Yatim dan Keperluan Pendidikan Yang Bersesuaian Di Negeri Selangor; Kajian Asas Perundangan Tempoh dan Rubrik Penilaian Pemulihan Asnaf Riqab; Kajian Panduan Bagi Orang Islam Berkaitan Sambutan Perayaan, Kebudayaan Dan Upacara Kematian Masyarakat India Dan Orang Asli Di Negeri Selangor; Kajian Penetapan Persempadanan Qaryah Dan Balad Untuk Penentuan Titik Permulaan Jamak dan Qasar dan Kajian Mengenai Amalan Kes-Kes Inquisitorial Mal Di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor: Penilaian Dan Keberkesanan. Dalam majlis yang sama, MAIS juga turut melantik sebanyak enam penyelidik bagi tahun 2024/2025 yang bertujuan bagi membantu MAIS, Jabatan-jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi dan anak syarikat dalam menyelesaikan isu yang berlaku berkaitan sosial dan ekonomi masyarakat Islam Selangor. Antara penyelidik yang dilantik oleh MAIS adalah melibatkan pensyarah daripada Universiti dalam Negara iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Selangor (UIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pusat Penyelidikan MAIS (PPM) adalah bahagian yang bertanggungjawab terhadap setiap penyelidikan dan penerbitan yang dilaksanakan oleh MAIS. Penerbitan penyelidikan MAIS (Jurnal Istifadah) yang dilancarkan ini merupakan hasil penyelidikan para penyelidik yang telah dilantik oleh MAIS. Proses pemilihan, saringan dan semakan artikel bagi penerbitan ini telah dilaksanakan melalui kumpulan editor yang telah dilantik. Hasil kajian penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh MAIS bermula tahun 2019 sehingga kini adalah sebanyak 32 kajian yang melibatkan lapan buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari seluruh negara. Antara IPT yang pernah terlibat dalam membantu MAIS dalam melaksanakan penyelidikan adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Selangor (UIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaya (UM). Kajian yang dilaksanakan ini juga merupakan permohonan daripada Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor dan anak syarikat MAIS dan hasil dapatan kajian tersebut akan digunakan sebagai panduan dalam melaksanakan Tindakan dan masalah yang berlaku. Antara jabatan dan agensi yang pernah mendapatkan perkhidmatan ini ialah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). MAIS berharap penerbitan penyelidikan ini dapat dijadikan panduan kepada masyarakat agar lebih cakna terhadap setiap tindakan yang telah dilaksanakan oleh MAIS dan JAIS berhubung isu-isu hal ehwal Islam di negeri Selangor. Sementara itu, Simposium Penyelidikan Islam Selangor 2024 yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat berhubung informasi terkini berkaitan hal ehwal Islam Selangor terutama hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh MAIS. Terdapat tiga tajuk kajian yang dibentangkan dan di antaranya adalah Kajian berkenaan Penilaian Penganjuran Festival Bon Odori di Malaysia dari Aspek Keagamaan dan Kebudayaan yang disampaikan oleh Encik Muhammad Hasbi Abdul Rahman, Pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). #mais #menjunjungamanah MAIS KONGSI ILMU HARTA PUSAKA KEPADA PEGAWAI DI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah… Berita Penuh November 28, 2024 MAIS JALINKAN KERJASAMA STRATEGIK FIDYAH BERSAMA KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI KAJANG, 28 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah… Berita Penuh November 28, 2024 MAIS LUASKAN DAKWAH KESEDARAN ISU AKIDAH DAN SOSIAL PERINGKAT IPT SHAH ALAM, 27 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 27, 2024 PROGRAM ILAJ DAN REHAB ASNAF RIQAB (HIV/SOSIAL & DADAH) SIRI 3 TAHUN 2024 PELABUHAN KLANG, 24 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian… Berita Penuh November 24, 2024 BAITULMAL MAIS SAMPAIKAN CERAMAH HIBAH DAN HARTA PUSAKA KEPADA AHLI KELAB WARGA EMAS SHAH ALAM SHAH ALAM, 23 Mac – Baitulmal MAIS hari ini telah… Berita Penuh November 23, 2024 Add Your Heading Text Here