Galleries

AS-SALIHIN TRUSTEE SERAH HARTA PUSAKA BAHAGIAN BAITULMAL
SHAH ALAM, 18 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan daripada As-Salihin Trustee Berhad (AST) untuk menyerahkan harta pusaka bahagian Baitulmal daripada kematian Allahyarhamah Nuraini binti Sahul Hamid berjumlah RM295,333.33. Sebelum itu AST telah menyerahkan harta pusaka si mati berjumlah RM 88,666.66. Pihak MAIS juga telah selesai mendaftarkan 2/3 bahagian di atas harta pusaka tak alih si mati. Kunjungan daripada AST hari ini diketuai oleh Tuan Haji Abdul Aziz Peru bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif.Majlis penyerahan harta pusaka bahagian Baitulmal tersebut disambut baik oleh Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS. Dalam ucapannya semasa menerima bahagian Baitulmal, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada AST yang konsisten menyerahkan harta pusaka pelanggan mereka yang jatuh hak kepada Baitulmal. Beliau juga menyeru kepada syarikat-syarikat amanah lain dan mana-mana pihak yang mentadbir harta pusaka mana-mana si mati yang di dalammya terdapat kepentingan Baitulmal hendaklah menyerahkan bahagian tersebut kepada Baitulmal seperti yang telah dilakukan oleh pihak AST. Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah, Puan Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) dan Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulma MAIS. Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan AST. Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan ini untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian:https://siswa.mais.gov.my Info lanjut, sila layari:www.mais.gov.my#mais #menjunjungamanah #penama #pentadbir #wasiat #hibah #hartapusaka #islamicestateplanning #assalihintrusteeberhad JEMPUTAN CERAMAH BERKAITAN KEPENTINGAN MELAKSANAKAN WASIAT DAN HIBAH DI MASJID MUHAMMAD AL-FATEH KEM WARDIEBURN SETAPAK – Copy SETAPAK 16 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh March 20, 2024 AS-SALIHIN TRUSTEE SERAH HARTA PUSAKA BAHAGIAN BAITULMAL SHAH ALAM, 18 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 18, 2024 TAKLIMAT BERKAITAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA ANAK YATIM DI MASJID NURUL IMAN, TELOK PANGLIMA GARANG KUALA LANGAT 16 MAC – Pihak MAIS melalui sektor Baitulmal… Berita Penuh March 16, 2024 RAJA MUDA SELANGOR BERKENAN SAMPAIKAN SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA PELAJAR TAHFIZ ISTANA ALAM SHAH KLANG, 16 Mac – Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda… Berita Penuh March 16, 2024 MAIS PERUNTUK DANA RM600,000 SETAHUN, BANTU ANAK YATIM TELOK PANGLIMA GARANG, 16 Mac – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh March 16, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor