MAIS PERUNTUK DANA RM600,000 SETAHUN, BANTU ANAK YATIM

MAIS PERUNTUK DANA RM600,000 SETAHUN, BANTU ANAK YATIM

433070126 789727443072457 4752217330504995533 n
TELOK PANGLIMA GARANG, 16 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan RM600,000 bagi tahun 2024 dalam membantu kebajikan anak-anak yatim di seluruh negeri Selangor.
Majlis penyerahan cek cura telah diperkenankan oleh Duli Yang Teramat Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan serahan disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Duit Hari Raya Aidilfitri 2024, Daerah Kuala Langat di Masjid Nurul Iman, Batu 10, Kebun Baru, Telok Panglima Garang.
 
Sementara itu, dalam majlis yang sama, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS juga telah menyampaikan ucapan Menjunjung Kasih atas perkenan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berangkat hadir ke majlis ini.
Dalam ucapannya juga, Pengerusi MAIS memaklumkan peruntukkan sumbangan anak yatim menunjukkan MAIS komited dalam membantu kebajikan anak yatim di seluruh negeri Selangor.
 
“Peruntukkan yang disediakan ini menunjukkan MAIS juga sangat menekankan hal ehwal kebajikan dan pengurusan anak-anak yatim dalam meneruskan kelangsungan hidup khususnya di negeri Selangor ini”. Ujarnya.
 
Selain itu, bagi penyerahan sumbangan hari raya anak yatim di seluruh negeri Selangor pada tahun ini, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah memperuntukkan sejumlah RM1.7 juta kepada 11,386 orang anak yatim yang telah berdaftar di bawah YIDE.
Dana sumbangan diberikan menerusi peruntukkan Baitulmal MAIS kepada YIDE selaku anak syarikat MAIS yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim sekitar negeri Selangor.
 
Sebagai sebuah agensi Islam yang bertanggungjawab dalam menyantuni anak yatim, MAIS berharap bantuan yang disumbangkan dapat dimanfaatkan untuk pengurusan rumah anak yatim yang berdaftar di bawah YIDE di samping dapat memelihara kebajikan dan hal ehwal pengurusan anak yatim di negeri Selangor.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tan Sri Mazlan Mansor, Pengerusi YIDE; YB. Dr. Ahmad Yunus Hairi, ADUN Sijangkang; Dato’ Mohd Yazid Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan); Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Hairul Anuar Samingan, Pegawai Tadbir Agama Islam Kuala Langat dan Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor