RAJA MUDA SELANGOR BERKENAN SAMPAIKAN SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA PELAJAR TAHFIZ ISTANA ALAM SHAH
RAJA MUDA SELANGOR BERKENAN SAMPAIKAN SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA PELAJAR TAHFIZ ISTANA ALAM SHAH
KLANG, 16 Mac – Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada 9 orang pelajar tahfiz Istana Alam Shah di Istana Alam Shah, Klang.
Â
Mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor dalam penyampaian sumbangan kepada pelajar tahfiz ini adalah Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.
Â
Sebelum itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Â
Baginda diiringi Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Klang, 26 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
SABAK BERNAM, 24 Oktober – Sepanjang lima tahun dari tahun...
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diberikan penghormatan bagi menerima...
Gombak, 19 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
SHAH ALAM, 19 Oktober 2024 – Jabatan Agama Islam Selangor...