PENGERUSI MAIS HADIR MAJLIS BERBUKA PUASA (IHYA’ RAMADHAN) SULTAN SELANGOR
PENGERUSI MAIS HADIR MAJLIS BERBUKA PUASA (IHYA’ RAMADHAN) SULTAN SELANGOR
SHAH ALAM, 14 Mac – Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof menghadiri Majlis Berbuka Puasa (Ihya’ Ramadhan) Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di sini hari ini.
Pengerusi MAIS turut mengiringi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang telah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 430 penerima dari sekitar daerah Petaling melibatkan 118 orang asnaf fakir, 237 orang asnaf miskin dan 75 orang asnaf muallaf.
Kesemua mereka menerima sumbangan RM500 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM215,000.00.
Pada majlis yang sama, Sultan Sharafuddin juga berkenan menandatangani plak Jubli Mutiara sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Baginda diiringi oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Pada majlis yang sama, baginda juga turut berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada empat syarikat korporat berjumlah RM10.8 juta.
Empat syarikat berkenaan adalah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan anak-anak syarikat; Kumpulan Worldwide Holdings Berhad; Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dan Pertubuhan Kemajuan Pertanian Selangor.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Menteri Besar Selangor, Dato’ Amirudin Shari; Mufti Selangor, YAD Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Mohd Shahzihan bin Ahmad dan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah...