MAIS TERIMA KUNJUNGAN BANK NEGARA MALAYSIA
MAIS TERIMA KUNJUNGAN BANK NEGARA MALAYSIA
SHAH ALAM, 13 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan dari Bank Negara Malaysia (BNM) yang diketuai oleh Encik Nor Rafidz Nazri, Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan BNM.
Lawatan seramai lima orang disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di samping membincangkan peluang kerjasama dalam program iTEKAD bersama MAIS.
Antara lain ialah Encik Nor Rafidz Nazri berkongsi maklumat program iTEKAD yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi serta anak syarikat yang berkaitan.
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan BNM.
Hadir sama dalam perbincangan ialah Encik Rohaizul Kholil, Pengarah Kewangan MAIS; Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS; Encik Mohd Amin Ibrahim, Pengurus Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LZS dan wakil pegawai dari Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah...