Berita MAIS

PROGRAM PEMANTAPAN PANEL PENASIHATAN AKIDAH DAN PANEL ISTITABAH TAHUN 2022 ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR BERSAMA UNIT KHIDMAT NASIHAT, JABATAN MUFTI NEGERI
SHAH ALAM, 13 November 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan Program Pemantapan Panel Penasihatan Akidah dan Panel Istitabah di Glenmarie Hotel & Goft Resort bermula 11 hingga 13 November 2022. Program dilaksanakan bertujuan untuk memberi ruang sesi perbincangan, dialog dan bertukar-tukar pandangan bersama di antara panel-panel Penasihatan Akidah dan panel-panel Istitabah dalam memperkemas dan melancarkan sesi Proses Perintah Mahkamah. Perasmian penutupan dan penyerahan sijil kepada peserta program tersebut telah disempurnakan oleh Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS. Dalam ucapannya, beliau turut memberikan penghargaan kepada panel-panel atas komitmen dan kerjasama dalam menjalankan kes-kes perintah mahkamah sebagai benteng terakhir dalam menyelamatkan akidah umat Islam, khususnya di Negeri Selangor. Tambah beliau lagi, beliau percaya bahawa sokongan dan kesinambungan kerjasama di antara pane-panel mampu menyelamatkan akidah umat Islam. Antara penceramah yang hadir dalam kursus ini ialah Puan Nur Shakira Binti Johari, Pegawai Syariah MAIS, Ustaz Abdul Halem Hapis Bin Salihin, Penolong Mufti, JMNS, Mohd Zainuddin Bin Abu Bakar, Mawaadah First Trainning And Consultancy , Prof. Madya Hj. Mohd Nor Mamat, Pensyarah UiTM. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor