AGIHAN FIDYAH MAIS RM61,920.00 DIAGIH KEPADA 516 PENERIMA YANG LAYAK
AGIHAN FIDYAH MAIS RM61,920.00 DIAGIH KEPADA 516 PENERIMA YANG LAYAK

22 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM61,920.00 kepada golongan penerima yang memerlukan.
Terdapat 19 tempat agihan iaitu semuanya di Daerah Petaling dengan jumlah 516 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM61,920.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis dan Susu Pekat Manis.
Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya Sekolah Seri Impian Iqra Alam Impian, Muslim Care Global, Masjid Ridhwani Sg. Way Baru, Persatuan Bas Sekolah Selangor, SK Seri Selangor, SMK Subang Jaya dan lain-lain lokasi.
Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.
Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.
Sila klik pautan ini http://fpxv2.mais.gov.my/
SHAH ALAM, 8 Jun – Sempena Aidiladha 1446H, Majlis Agama...
Kuala Langat – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
SHAH ALAM, 29 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...
Pengenalan Islam sebagai agama yang syumul (menyeluruh) dan sempurna telah...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...