MAIS TERIMA LAWATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH
SHAH ALAM, 5 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berbesar hati menerima kunjungan dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di sini. Lawatan LZNK seramai lima orang diketuai oleh Ustaz Mohd Idris Mohd Yussoff, Ketua Divisyen Pembangunan Muallaf dan Dakwah Sosial LZNK bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan kaedah Pengurusan Bantuan Kebajikan, Perlindungan dan Pembangunan Asnaf Muallaf termasuk pengurusan guru pembimbing asnaf muallaf. MAIS diketuai oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS mengalu-alukan kehadiran lawatan. Turut hadir ialah Ustazah Hafizatul Akmal Abd Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK. Hadir sama mewakili MAIS ialah Ustaz Md Yusmizan Yusuf, Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Ustaz Mohamad Hafiz Salimun, Ketua Jabatan Pembangunan Muallaf LZS. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara MAIS dan LZNK terutama dalam pengurusan muallaf di negeri masing-masing. PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM, 22 Mei – Seramai enam orang pegawai Majlis… Berita Penuh May 24, 2023 PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM 18 MEI – Majlis Agama Islam Selangor mengadakan… Berita Penuh May 22, 2023 PROGRAM PENCEGAHAN KEPARAHAN SOSIAL BERTEMAKAN ”REMAJA BERWAWASAN” ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAIS Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 15, 2023 MAJLIS RAMAH MESRA DAN SAMBUTAN AIDILFITI TAHUN 2023M/1444H BAITUL ISLAH DISAMBUT MERIAH Serendah, 11 Mei – Biarpun Syawal semakin menghampiri ke penghujungnya,… Berita Penuh May 12, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIPk Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 12, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor