ISLAMOPHOBIA – KESAN TERHADAP MASYARAKAT ISLAM
ISLAMOPHOBIA – KESAN TERHADAP MASYARAKAT ISLAM
Pendahuluan
Rakyat Malaysia sering dikejutkan dengan penghinaan atau sindiran agama dari kalangan orang bukan Islam mahupun umat Islam sendiri.
Situasi ini berlaku kerana individu atau kumpulan tersebut tidak menyukai Islam, takut kepada Islam, dan bimbang tentang pengaruh agama Islam.
Jadi, dengan membuat sindiran sebegitu, mereka percaya boleh menjatuhkan imej Islam, merendahkan moral umat Islam, dan akhirnya menghancurkan pengaruh Islam.
Pada hari ini, kita mengakui bahawa media sosial banyak menyumbang ke arah usaha mempromosikan Islamophobia dan ianya juga berpotensi mewujudkan suasana aman melalui komunikasi antara orang Islam dan bukan Islam yang menetap di negara ini di bawah pemerintahan demokrasi berparlimen.
Apa itu Islamophobia ?
Istilah ‘Islamophobia’ pertama kali muncul dalam majalah ‘Insight‘ berkala Amerika Syarikat pada 4 Februari 1999. Walaupun istilah Islamophobia mempunyai beberapa definisi, sesetengah pengkritik percaya ia masih berbahaya. Istilah ‘Islamophobia’ tidak sepenuhnya menyampaikan keluasan dan kedalaman permusuhan terhadap Islam dan umat Islam di dunia Barat hari ini.
Istilah yang lebih tepat ialah ‘perkauman anti-Islam,’ kerana ia merangkumi kedua-dua kebencian terhadap agama dan diskriminasi yang disengajakan terhadap penganutnya”. Islamophobia diterjemahkan sebagai “takut kepada Islam”.
Selain itu, ia berkaitan dengan sentimen anti-Islam. Islam adalah agama yang tetap dengan ajaran yang tidak berubah kecuali dalam keadaan tertentu. Sedangkan umat Islam adalah individu manusia yang sikapnya sentiasa berubah. Sesekali ajaran Islam dipatuhi, begitu juga sebaliknya. Namun begitu, kedua-duanya mempunyai ikatan yang rapat dengan Islam. Dilihat, frasa ini terpakai lebih khusus setelah berlakunya peristiwa 11 September 2001.
Kesan Terhadap Islamophobia
Berikutan tragedi 11 September 2001, serangan pengganas, sentimen anti-Islam dan Islamophobia di dunia Barat telah mendapat perhatian ilmiah yang ketara.
Istilah Islamophobia kononnya dicipta pada akhir 1980-an untuk menyatakan ketakutan ini terhadap Islam dan umat Islam sebagai kumpulan pengganas. Selain itu, banyak penyelidikan dan penerbitan menunjukkan peningkatan dalam Islamophobia dalam beberapa komuniti majoriti Barat termasuk juga ianya berlaku di negara ini.
Kesan psikologi Islamophobia ditakrifkan sebagai pengaruh berbahaya ke atas mood, tingkah laku dan emosi seseorang individu akibat daripada mengalami beberapa jenis Islamophobia.
Permusuhan anti-Islam sebagai serangan lisan dan fizikal terhadap orang Islam, serangan ke atas masjid, naratif yang lazim dan rutin dalam media arus perdana, serta diskriminasi pekerjaan.
Islamophobia mempunyai kesan buruk terhadap kehidupan masyarakat Islam, ahli keluarga, dan masyarakat Islam.
Walaupun jumlah Islamophobia mempengaruhi individu berbeza-beza, namun begitu orang Islam di Malaysia mempunyai tahap tekanan, kebimbangan dan kemarahan yang tinggi.
Peranan Media Sosial Dalam Menangani Islamophobia
- Media sosial memainkan peranan yang besar dalam usaha membantu mengubah naratif mengenai Islamophobia. Segenap masyarakat, merupakan sebahagian daripada rangkaian bagi membina komuniti yang lebih inklusif bagi menamatkan Islamophobia. Media baharu, seperti Internet, boleh digunakan untuk komunikasi serta penyampaian mesej secara berterusan dan berkesan. Pertumbuhan media sosial telah menyelubungi penduduk dalam talian negara dengan penciptaan Facebook, Twitter, Linked In, YouTube, TikTok, blog, Bigo dan lain-lain. Penggunaan media sosial telah menjadi fenomena masyarakat, khususnya di kalangan orang muda, sama ada ianya mendatangkan manfaat atau sebaliknya. Antara isu-isu yang mempunyai unsur-unsur pengaruh Islamophobia adalah seperti berikut:-
- Penghinaan Terhadap agama Islam
- Isu Tulisan Jawi
- Isu Pendakwah Zakir Naik
- Penggunaan Kalimah Allah
- Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad S.A.W
- Gerakan Kumpulan G25
Pengaruh Islamophobia Di Malaysia
Penyebaran pengaruh Islamophobia yang menggalakkan kebencian, tanggapan negatif, dan prejudis terhadap Islam melalui media sosial amat membimbangkan jika tidak ditanggani dengan serius.
Sumber imej: Faiz Zaki/Shutterstock Kemerdekaan merupakan salah satu nikmat Allah...
Sumber imej: Ai Azimat atau tangkal merupakan sesuatu benda yang dipercayai memberikan tuah...
Taubat itu bermaksud kembali daripada apa yang tercela di sisi...
Islam Jamaah merupakan ajaran yang diasaskan oleh individu bernama Nurhasan...
Sumber imej: evoting.kuis.edu.my BELIA adalah golongan yang menjadi tonggak dan...