SYAWAL SUATU ANUGERAH DARI ALLAH

SYAWAL SUATU ANUGERAH DARI ALLAH

6855769
Sumber Foto:Kementerian Perlancongan Seni dan Budaya Malaysia

Satu Syawal adalah anugerah Allah s.w.t kepada umat Islam dan ianya adalah suatu kemenangan kerana kejayaan melaksanakan tuntutan agama yang terkandung dalam Rukun Islam yang lima.

Sesungguhnya ibadah puasa di bulan Ramadhan ini amat besar ganjaran pahalanya, sehingga ia diriwayatkan dalam hadis qudsi:

“Semua amalan anak Adam adalah baginya kecuali berpuasa, ia hanya untuk Aku dan Aku menganugerahkan kepadanya dengan sebab puasanya itu.”

(HR Bukhari dan Muslim)

muslim men praying tashahhud posture

Bagaimanapun, harus diingatkan umat Islam perlu meneruskan disiplin dan adab seperti sepanjang Ramadan supaya Syawal tidak dicemari dengan amalan atau perbuatan yang tidak sepatutnya.

Meneladani amalan dan adab sambutan Syawal Rasulullah SAW perlu dilaksanakan, terutama untuk memastikannya agar tidak diisi dengan aktiviti sia-sia dan bercanggah dengan tuntutan Agama.

Budaya buruk yang menjadi ikutan-ikutan lagi berkiblatkan negara luar ini telah pun diberi amaran keras oleh Rasulullah S.A.W. dalam satu hadith:

(( لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ، وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ “. قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ، آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : ” فَمَنْ ؟ ))

“Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nashrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?”

Sahih Muslim, 8/57/2669.

excited asian muslim grandparents visiting their grandchildren home

Sungguh terkesan dan rasa berat di hati kita, apabila tiba syawal, terkadang madrasah Ramadhan yang telah mendidik kita menjadi insan yang lemah lembut hatinya, sabar dalam menghadap ujian, tawadhuk dalam kesyukuran, taqwa dengan sifat-sifat kehambaan dan tersedia dalam roh insan yang bersungguh dengan sifat-sifat mahmudah serta kuat kehambaan pada Penciptanya; tiba-tiba bertukar menjadi suatu kelainan yang sudah mulai sedikit demi sedikit cenderung kepada situasi yang tidak selari dengan tuntutan Syariat.

Lebih menyedihkan bilamana segelintir dari kita mulai teruja untuk menyambut Aidil Fitri dalam keadaan hilang rasa bahawa kita sebenarnya sentiasa dilingkungi atau dibatasi oleh tuntutan syariat agama.

Pergaulan dalam bulan Syawal tiba-tiba dibuka luas melampaui batas syariat hanya kerana ingin meraikan dan menyemarakan sambutan hari raya.

Amalan ziarah menziarahi adalah tuntutan agama, namun kedapatan ianya dicemari bilamana pergaulan berlaku tanpa akhlak dan adab yang tidak bertepatan dengan hokum Syarak, contohnya bersalaman atau mendedahkan aurat bagi yang bukan mahram.

muslim family shake hand idul fitri celebration

Tuntutan berpakaian yang menepati Syariat juga diketepikan,  hanya kerana ingin mengikut kehendak trend fesyen pakaian terkini.

Sunnah berpakaian baru di pagi raya tiba-tiba dicemari dengan pakaian yang ketat, menjolok mata, kain yang jarang dan ditambah pula dengan niat untuk menunjuk-nunjuk dan meraih perhatian pula.

Malahan perjumpaan di hari raya sesama mereka yang sepatutnya dapat merapatkan tali sillaturrahim akhirnya disulami dengan aura suasana yang sangat menyedihkan.

Pertemuan yang dinanti-nanti setahun sekali disulami dengan berbicara mengenai keburukan sesama mereka, umpat mengumpat dan peluang memfitnah antara satu sama lain.

Hiburan melampau juga terkadang disajikan sehingga melekakan dan akhirnya oleh kerana asyik, tanpa sedar atau dalam sedar sehingga ada yang tertinggal atau sengaja meninggalkn fardhu solat fardhu.

ketupat snacks eid mubarak

Kedatangan Aidil Fitri ini juga terkadang digunakan untuk berbelanja berlebih-lebihan sehingga membazir.

Tujuan menukar perabut rumah bukan bertujuan untuk memberi keselesaan kepada tetamu namun bertujuan untuk menunjuk-nunjuk  dan berbangga-bangga.

Segelintir dari kita juga terkadang memakai barang kemas perhiasan diri yang berlebih-lebihan juga bertujuan untuk mendapatkan pujian dan juga berlawan-lawan antara satu sama lain.

Meraikan dan menghormati serta memberi layanan terbaik kepada tetamu adalah tuntutan agama. Namun ada segelintir daripada kita membuat rumah terbuka dan memberi hadiah dengan untuk menunjuk-nunjuk kemewahan.

veiled woman carries tray serving ice glasses while having lunch together dining room

Malah amat menyedihkan, ada yang sanggup berhutang semata-mata untuk menunjukkan kehebatan diri dan mengakhiri Syawal dengan bebanan hutang yang banyak.

Maka tidak syak lagi Syawal merupakan satu lagi rahmat Allah kepada kaum muslimin dalam merealisasikan makna ungkapan 2 kalimah tauhid, baik dalam diri, ahli keluarga mahupun masyarakat di dalam negara dan luar negara, setelah berjuang sebulan di bulan Ramadhan yang mulia.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor