HAK-HAK PASCAPERCERAIAN: SOALAN DAN JAWAPAN
HAK-HAK PASCAPERCERAIAN: SOALAN DAN JAWAPAN
Syariat Islam menjamin hak wanita sepenuhnya sebagaimana ia menjamin hak lelaki. Setiap pasangan suami dan isteri mesti mengetahui tugas dan hak setiap pihak dalam kehidupan berumah tangga.
Kesedaran dan didikan perlu diberikan kepada kedua-dua pihak yang bakal berkahwin. Pendidikan perkahwinan dalam Islam itu bukan sahaja terhad kepada topik-topik dalam perkahwinan, malah merangkumi sehingga selepas perceraian.
Perceraian adalah isu sosial yang utama, yang membebankan wanita, dan dalam banyak keadaan, dia dianggap paling rugi. Terutama jika lelaki yang menceraikannya adalah seorang yang dicabut belas kasihan hatinya dan digantikan dengan kekejaman, manakala cinta diganti dengan dendam.
Namun agama telah datang membela wanita yang diceraikan. Wanita itu diberikan hak yang perlu dipenuhi bekas suaminya, bagi memudahkan untuk dia bangkit semula.
Apakah hak wanita yang telah digauli suaminya dalam tempoh perkahwinan?
Jika wanita yang telah disetubuhi suaminya, diceraikan dengan talaq raji’, maka suaminya wajib menyediakan baginya dalam tempoh ‘iddah:
- Tempat tinggal
- Nafkah makanan dan pakaian
- Semua yang wajib disediakan suami kepada isteri
Wanita yang diceraikan dengan talaq raji’, dia adalah orang yang suaminya berhak merujuknya kembali tanpa akad baru, maka hukumnya adalah sama seperti isteri yang belum diceraikan. Firman Allah s.w.t:
وَعَلَى الْمَوْلُوْدِ لَه رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِۗ
Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka (ibu-ibu) dengan cara yang patut[1].
اَسْكِنُوْهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنْتُمْ مِّنْ وُّجْدِكُمْ وَلَا تُضَاۤرُّوْهُنَّ لِتُضَيِّقُوْا عَلَيْهِنَّۗ
Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.[2] Ketetapan kewajiban ini boleh dibuat melalui jalan perundangan dan kehakiman sepertimana yang termaktub di dalam Seksyen 60 (1), Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan efek nusyuz.[3]
Apakah hak wanita yang diceraikan secara talaq ba-in?
Jika perceraian secara talaq ba-in, maka dilihat situasi isteri dalam dua sudut. Sama ada dia hamil atau dia tidak hamil: jika hamil, maka si suami wajib memberi nafkah dan tempat tinggal, kerana Allah Ta’ala berfirman:
وَإِنْ كُنَّ أُولاتِ حَمْلٍ فَأَنْفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّى يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ
Dan jika mereka adalah wanita yang sedang mengandung, maka nafkahi lah mereka sehingga mereka bersalin.[4]
Tetapi jika dia tidak hamil, maka dia tidak mempunyai nafkah. Namun bagi tempat tinggal, jumhur fuqaha mewajibkannya selagi mana dalam tempoh ‘iddah. Ini berdasarkan kisah Fatimah binti Qais yang diceraikan suaminya dengan talaq ba-in, Nabi s.a.w berkata kepadanya:
لاَ نَفَقَةَ لَكِ إِلاَّ أَنْ تَكُونِى حَامِلاً
“Tidak ada nafkah bagi kamu, kecuali kalau kamu hamil.[5]
Adapun nafkah anaknya, wajib ke atas bapanya menafkahinya, dan jumlah nafkah itu berbeza-beza mengikut keperluan anak dan juga kemampuan bapa. Jika berlaku pertikaian dalam perkara ini, maka keputusan dirujuk kepada Hakim Mahkamah Syariah.
Apakah hak-hak umum bagi semua wanita yang telah diceraikan?
[1] Al-Baqarah: 233
[2] Al-talaq: 6
[3] Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
[4] Ibid.
[5] HR Abu Dawud: 2292
Wanita yang diceraikan dipelihara hak-haknya di bawah cahaya ajaran Islam yang toleran, dan tidak dibenarkan bagi sesiapa pun untuk meremehkan mana-mana haknya, apa lagi menafikan haknya, yang telah diperincikan dalam Al-Quran dan sunnah Nabi yang mulia.
Wanita yang diceraikan melebihi orang lain dalam kemantapan akal dan pengalamannya dalam kehidupan, maka tidak ada yang salah dengan dirinya.
Lihat lah sahabat bernama Zainab binti Jahsh (semoga Allah meredainya), ketika suaminya Zaid bin Harithah menceraikannya, dia berkahwin dengan yang lebih baik iaitu Rasulullah s.a.w, dan dia menjadi seorang daripada ibu-ibu orang yang beriman.
Antara hak wanita selepas diceraikan ialah:
Pertama: Nafkah ‘Iddah dan tempat tinggal daripada wang suami
Kewajiban ini wujud kerana kuasa suami ke atas isterinya tetap kekal, kerana dia boleh merujuknya semula selagi tempoh ‘iddahnya belum berakhir.
Jika ‘iddahnya telah tamat dan dia tidak merujuknya kembali, maka perceraian itu telah menjadi ba-in sughra. Oleh itu, tidak lagi si suami wajib memberi nafkah ‘iddah mahupun tempat tinggal.
Kedua: Hak Mut’ah
Wanita yang diceraikan, berhak mendapat Mut’ah. Firman Allah s.w.t:
وَلِلْمُطَلَّقٰتِ مَتَاعٌ ۢبِالْمَعْرُوْفِۗ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِيْنَ
Dan bagi perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah diberi Mut’ah menurut cara yang patut, sebagai suatu kewajiban bagi orang yang bertakwa.[1]
Ketetapan hak ini boleh dibuat melalui jalan perundangan dan kehakiman sepertimana yang termaktub di dalam Seksyen 58, Mu’ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.[2]
Ketiga: Hak pusaka
Jika wanita yang diceraikan itu meninggal dunia dalam masa ‘iddah talaq raji’nya, dia mewarisi harta suaminya seperti isteri-isteri lain, dia mempunyai bahagiannya yang telah ditetapkan Allah kepadanya. Tidak boleh dikurangkannya, atau berkompromi kecuali dengan kerelaannya.
Apa yang kita dengar dalam sesetengah masyarakat, mereka mencabut hak harta pusaka isteri mengikut keinginan dan kemahuan suami, ini ternyata bertentangan dengan syariat dan tindakan tersebut adalah perkara yang batil dan pelanggaran terhadap batas-batas Allah.
Ibn Qudamah berkata:
وإذا مات زوج الرجعية , استأنفت عدة الوفاة , أربعة أشهر وعشرا , بلا خلاف . وقال ابن المنذر : أجمع كل من نحفظ عنه من أهل العلم على ذلك . وذلك لأن الرجعية زوجة يلحقها طلاقه , وينالها ميراثه
Jika mati suami (dalam tempoh ‘iddah talaq raji’), maka wanita itu memulakan semula ‘iddah kematian iaitu 4 bulan 10 hari tanpa khilaf. Ibn Munzir berkata: telah ijma’ (bersepakat) ahli ilmu terhadap perkara itu. Ini kerana talaq raji’, wanita itu adalah isterinya, wanita itu mendapat harta pusaka (suaminya).[3]
Permohonan pembahagian pusaka bagi wanita dalam ‘iddah boleh dibuat melalui jalan perundangan dan kehakiman seperti yang termaktub dalam Jadual Kedua, subseksyen 7(2), Prosiding yang Hendaklah Dimulakan dengan Permohonan.[4]
Keempat: Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
[1] Al-Baqarah: 241
[2] Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
[3] Al-Mughni, 8:94
[4] Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Seorang wanita yang diceraikan mempunyai hak untuk menjaga anaknya, dan dia mempunyai hak meminta upah penyusuan dalam dua tahun menurut pandangan Ibn Taimiyyah.[1]
Hak ini adalah salah satu hak yang paling lazim di mana wanita yang diceraikan itu dizalimi oleh suami, dan apabila anak itu dicerai susu, ibu mempunyai hak untuk menjaganya sehingga dia mencapai umur tujuh tahun (bagi anak lelaki) dan sembilan tahun (bagi anak perempuan), kecuali ibunya berkahwin lagi.
Ketetapan hak ini boleh dibuat melalui jalan perundangan dan kehakiman sepertimana yang termaktub di dalam Seksyen 82, Orang yang berhak menjaga kanak-kanak.[2]
Kelima: Harta Sepencarian
Sungguhpun tiada dalil pensyariatan yang langsung dari Al-Quran dan Sunnah, amalan mengiktiraf harta sepencarian ini merupakan amalan khusus masyarakat Melayu Nusantara justeru menjadi sebahagian dari syariat Islam menerusi aplikasi prinsip-prinsip Syariat yang adil terhadap kedua-dua lelaki dan wanita.
Seorang wanita yang telah diceraikan yang telah menyumbang kepada perolehan aset alih dan tak alih sepanjang tempoh perkahwinan, boleh menuntut deklarasi dan pelaksanaan pembahagian harta sepencarian sesuai dengan takat sumbangan antara dirinya dan suaminya.
Jika berlaku pertikaian dalam perkara ini, maka keputusan dirujuk kepada Hakim Mahkamah Syariah.
Ketetapan hak ini boleh dibuat melalui jalan perundangan dan kehakiman sepertimana yang termaktub di dalam Seksyen 122, Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian.[3]
Apakah Hak-Hak Umum Suami selepas perceraian berlaku?
Walaupun perceraian bukan lah hak suami semata-mata kerana terdapat pelbagai kaedah pembubaran yang lain, namun suami mempunyai kuasa mutlak dalam hal talaq raji’.
Hak asas bagi suami ialah:
Pertama: Hak Ruju’ dalam Tempoh ‘iddah
[1] Al-Ikhtiyarat, hal: 412
[2] Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
[3] Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Walayah dari segi istilah bermaksud kuasa untuk mentadbir sendiri sesuatu urusan tanpa perlu persetujuan orang lain.
Hak walayah di sini bermaksud hak penjagaan yang hakiki terhadap diri dan harta anak yang masih belum dewasa atau kurang upaya. Konsep ini dikenali sebagai perwalian yang bertujuan untuk melindungi kepentingan dan kebajikan anak disebabkan anak tersebut belum mempunyai kapasiti atau kemampuan untuk menjaga dirinya sendiri.
Berbeza dengan Hadhanah, dalam hak walayah ini; seorang bapa boleh menentukan hala tuju dan cara anak perlu dibesarkan atau disekolahkan, urusan perkahwinan, pengurusan kekayaan dan perubatan anak berlandaskan hukum syarak.
Syarat untuk perwalian adalah beragama Islam, sempurna sifat kelelakian, berfikiran waras, bijak, adil dan boleh dipercayai.
Manakala dalam hal hadhanah, seorang bapa hanya boleh menuntut hak jagaan selepas kelayakan ibu sebagai insan utama gugur atas beberapa sebab, antaranya; telah berkahwin semula dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan anak tersebut seperti bapa saudara kandung sebelah bapa kepada kanak-kanak tersebut.
Ketetapan hak ini boleh dibuat melalui jalan perundangan dan kehakiman sepertimana yang termaktub di dalam Seksyen 89, Orang yang berhak kepada penjagaan.[1]
Kelima: Hak pusaka dan Harta sepencarian
[1] Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Sepertimana wanita; seorang suami yang telah menceraikan isterinya kemudiannya isterinya itu meninggal dunia ketika masih dalam ‘iddah talaq raji’, suami tersebut layak mewarisi pusaka isterinya. Tidak boleh dikurangkannya, atau berkompromi kecuali dengan kerelaannya.
Begitu juga seorang suami yang telah menyumbang kepada perolehan aset alih dan tak alih sepanjang tempoh perkahwinan, boleh menuntut deklarasi dan pelaksanaan pembahagian harta sepencarian sesuai dengan takat sumbangan antara dirinya dan isterinya, lebih-lebih lagi suami telah cukup menafkahi isteri dan anak-anak dalam tempoh perkahwinan mereka.
Jika berlaku pertikaian dalam perkara ini, maka keputusan dirujuk kepada Hakim Mahkamah Syariah.
Ketetapan hak ini boleh dibuat melalui jalan perundangan dan kehakiman sepertimana yang termaktub di dalam Seksyen 122, Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian.[1]
[1] Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Sumber imej: Faiz Zaki/Shutterstock Kemerdekaan merupakan salah satu nikmat Allah...
Sumber imej: Ai Azimat atau tangkal merupakan sesuatu benda yang dipercayai memberikan tuah...
Taubat itu bermaksud kembali daripada apa yang tercela di sisi...
Islam Jamaah merupakan ajaran yang diasaskan oleh individu bernama Nurhasan...
Sumber imej: evoting.kuis.edu.my BELIA adalah golongan yang menjadi tonggak dan...