Berita MAIS

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM “KALKULATOR KEHIDUPAN”
13  JULAI 2023, PUTRAJAYA – Alhamdulillah, Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk ‘Kalkulator Kehidupan’ anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah dilaksanakan dengan jayanya. Program disiarkan secara langsung menerusi kaca televisyen di saluran TV1 RTM. Ahli panel terdiri daripada YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam UKM; YBhg. Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS dan YBhg. Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian, Profesor Madya Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM. Program juga turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Hakimah Mohd Yusof, Ketua Pengarah JAKIM. Semoga dengan penghasilan program ini akan menyedarkan masyarakat betapa pentingnya mengurus harta pusaka dengan segera dan membuat perancangan ke atas harta pada masa hidup. Jom rancang harta anda melalui MAIS dengan wasiat dan hibah secara dalam talian. Layari www.mais.gov.my. LAWATAN YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) SHAH ALAM 18 Julai – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh July 18, 2023 PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID KARIAH SG. PELEK, SEPANG Sepang, 13 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan… Berita Penuh July 18, 2023 FORUM PERDANA EHWAL ISLAM “KALKULATOR KEHIDUPAN” 13  JULAI 2023, PUTRAJAYA – Alhamdulillah, Forum Perdana Ehwal Islam… Berita Penuh July 13, 2023 SETIAUSAHA MAIS LAWAT PUSAT PENGAJIAN PONDOK BUSTANUL ARIFFIN DAN RUMAH MANGSA BANJIR, DAPATKAN STATUS TERKINI BAIK PULIH BANTING, 12 Julai – Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),… Berita Penuh July 12, 2023 PROGRAM LE TOUR PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG. ORANG ASLI ULU MELAKA, SERENDAH SEMPENA BULAN MUALLAF TAHUN 2023 SERENDAH, 8 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh July 10, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor