MAIS BUKA KLINIK GUAMAN SYARIE SEMPENA HARI PERUNDANGAN JENAYAH SYARIAH
SHAH ALAM, 9 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Undang-Undang Syariah membuka kaunter Klinik Guaman Syarie MAIS sempena Hari Perundangan Jenayah Syariah: Evolusi Perundangan Syariah di Selangor di Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini. Klinik Guaman Syarie MAIS dibuka secara percuma bagi memberi pendedahan terutamanya kepada para peserta program Hari Perundangan Syariah, disamping menghebahkan kepada orang awam perkhidmatan bantuan guaman syarie yang disediakan oleh pihak MAIS kepada masyarakat di negeri Selangor. Peserta hari perundangan syariah ini terdiri daripada agensi kerajaan seperti Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS, Mahkamah Syariah, PDRM, Unit Integriti Pihak Berkuasa Tempatan, IPTA (UM & Universiti Islam Selangor), Pelajar Sekolah Menengah (KISAS, SAMTTAJ & MITS) & Pentadbir Masjid yang berada di sekitar Shah Alam. Program anjuran Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai perkembangan perundangan syariah terutama jenayah syariah di Negeri Selangor. PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM, 22 Mei – Seramai enam orang pegawai Majlis… Berita Penuh May 24, 2023 PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM 18 MEI – Majlis Agama Islam Selangor mengadakan… Berita Penuh May 22, 2023 PROGRAM PENCEGAHAN KEPARAHAN SOSIAL BERTEMAKAN ”REMAJA BERWAWASAN” ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAIS Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 15, 2023 MAJLIS RAMAH MESRA DAN SAMBUTAN AIDILFITI TAHUN 2023M/1444H BAITUL ISLAH DISAMBUT MERIAH Serendah, 11 Mei – Biarpun Syawal semakin menghampiri ke penghujungnya,… Berita Penuh May 12, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIPk Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 12, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor