KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI SELANGOR – MAIS Sumbang 15,000 botol air mineral

KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI SELANGOR – MAIS Sumbang 15,000 botol air mineral

345058988 204006882421364 4780409059162840257 n

SHAH ALAM – Sebagai tanda sokongan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terhadap usaha yang dilakukan oleh Tabung Haji (TH) dalam menganjurkan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada 6 dan 7 Mei, sebanyak 15 ribu air mineral disumbangkan.

Daripada 15 ribu botol air mineral, 10 ribu botol disumbangkan kepada peserta kursus di Masjid Negeri Shah Alam ini dan 5,000 botol air mineral lagi disumbangkan bagi keperluan Kursus Operasi Haji Tanah Air, di Hotel Movenpick, Sepang.

Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor yang dilaksanakan oleh TH sebagai persiapan bakal jemaah haji Malaysia ke tanah suci, dilihat banyak membantu mereka untuk melaksanakan ibadah itu dengan sempurna.

MAIS sentiasa menyokong usaha murni TH dalam penganjuran kursus seperti ini dan mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pihak TH atas kesungguhan dalam memastikan kebajikan jemaah haji sentiasa terpelihara.

Tidak ketinggalan, MAIS juga turut membuka kaunter Baitulmal sempena penganjuran kursus ini bagi membolehkan jemaah membuat urusan wasiat dan hibah terus melalui MAIS.

Kaunter Baitulmal MAIS dibuka pada hari Sabtu bermula jam 5.00 petang hingga 12.30 malam dan pada hari Ahad bermula jam 7.00 pagi  hingga 1.00 tengahari.

Bersama kita mendoakan agar semua bakal jemaah haji memperoleh haji yang mabrur dan berharap bakal jemaah haji dapat mempraktikkan apa yang dipelajari sepanjang kursus berlangsung.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor