PENGERUSI MAIS TURUT HADIR MAJLIS PENYEMPURNAAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI SELANGOR

PENGERUSI MAIS TURUT HADIR MAJLIS PENYEMPURNAAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI SELANGOR

345436118

YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor turut hadir di Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji peringkat Negeri Selangor anjuran Lembaga Tabung Haji dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 8 Mei.

Perasmian Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji peringkat Negeri Selangor ini  telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Dalam titah ucapan Baginda di hadapan lebih 6,000 bakal jemaah haji dari Selangor tahun ini, Baginda memohon doa dari sekalian rakyat jelata agar Baginda dan Tengku Permaisuri Norashikin diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadat haji dengan sempurna seterusnya mendapat pahala haji yang mabrur.

Dalam pada itu, Baginda berpesan kepada semua jemaah haji Malaysia terutamanya dari Selangor perlu mengekalkan disiplin serta patuh peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi sepanjang berada di Tanah Suci.

Bakal jemaah haji turut disarankan berbincang secara baik dengan pegawai Lembaga Tabung Haji (TH) jika ada sebarang kekurangan atau masalah.

Titah baginda lagi, bakal jemaah diingatkan tidak mudah menyebarkan berita yang tidak tepat di media sosial kerana ia hanya merumitkan keadaan dan tidak akan menyelesaikan masalah.

Baginda turut mengucapkan syabas kepada Tabung Haji atas kesungguhan dalam memastikan kebajikan jemaah haji negara sentiasa terpelihara.

Turut hadir YB Tuan Haji Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna Dan Industri Halal, YBhg SS Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah JAIS dan ketua jabatan berkaitan.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor