ZIARAH MAIS KE JAKIM, KONGSI PENGALAMAN PERKARA HAL EHWAL ISLAM
ZIARAH MAIS KE JAKIM, KONGSI PENGALAMAN PERKARA HAL EHWAL ISLAM
PUTRAJAYA, 18 April 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan ziarah ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tujuan berkongsi pengalaman dan isu berbangkit berhubung hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor.
Perbincangan telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sirajudin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dan mewakili MAIS ialah Yang Berusaha Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
Dalam masa yang sama, pelbagai isu telah dibincangkan bersama di antara MAIS dan JAKIM meliputi hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor khususnya. Antara perkara yang dibincangkan ialah perundangan, akidah, penyelarasan program dan sebagainya.
Turur hadir bersama ialah Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi), Puan Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan) dan beberapa wakil Pengurusan Tertinggi MAIS.
Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara...
KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke...
SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam, 23 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...