MAIS SERTAI BENGKEL PENYEDIAAN MANUAL PENGURUSAN HARTA PUSAKA MAIN
11 Okt – Pada 8-10 Oktober 2023 yang lepas, MAIS melalui Sektor Baitulmal telah dijemput untuk menyertai Bengkel Penyediaan Manual Pengurusan Harta Pusaka MAIN yang diadakan di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan dihadiri oleh kira-kira 20 orang peserta daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan dua orang pakar rujuk iaitu Dr Noor Lizza binti Mohamed Said dari UKM dan Tuan Hj Ahmad Termizi bin Abdullah dari Tetuan Termizi & Co. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk merangka manual pengurusan kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) dalam melaksanakan kuasa yang diberikan oleh Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 Pindaan 2022 (Akta 98). Semoga dengan bengkel yang diadakan akan dapat merealisasikan penghasilan manual pengurusan yang boleh digunakan oleh semua MAIN. #hartapusaka #jkptg #baitulmalmais #mais #menjunjungamanah MAIS SERTAI BENGKEL PENYEDIAAN MANUAL PENGURUSAN HARTA PUSAKA MAIN 11 Okt – Pada 8-10 Oktober 2023 yang lepas, MAIS… Berita Penuh October 11, 2023 MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAIS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 SHAH ALAM, 6 Oktober–Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama… Berita Penuh October 6, 2023 MAIS SERTAI KONVENSYEN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM SELURUH MALAYSIA SABAH, 4 Oktober 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 4, 2023 KAUNTER PENERANGAN MAIS SEMPENA PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1445H MASJID KOTA RAJA 30 September 2023 – Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Pihak… Berita Penuh September 30, 2023 BAITULMAL MAIS SAMPAIKAN TAZKIRAH JUMAAT KEPENTINGAN PENGURUSAN PUSAKA Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), meneruskan meneruskan aktiviti dakwah… Berita Penuh September 29, 2023 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor