MAIS SERTAI BENGKEL PENYEDIAAN MANUAL PENGURUSAN HARTA PUSAKA MAIN
MAIS SERTAI BENGKEL PENYEDIAAN MANUAL PENGURUSAN HARTA PUSAKA MAIN
11 Okt – Pada 8-10 Oktober 2023 yang lepas, MAIS melalui Sektor Baitulmal telah dijemput untuk menyertai Bengkel Penyediaan Manual Pengurusan Harta Pusaka MAIN yang diadakan di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang.
Â
Bengkel ini telah dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan dihadiri oleh kira-kira 20 orang peserta daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan dua orang pakar rujuk iaitu Dr Noor Lizza binti Mohamed Said dari UKM dan Tuan Hj Ahmad Termizi bin Abdullah dari Tetuan Termizi & Co.
Â
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk merangka manual pengurusan kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) dalam melaksanakan kuasa yang diberikan oleh Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 Pindaan 2022 (Akta 98).
Â
Semoga dengan bengkel yang diadakan akan dapat merealisasikan penghasilan manual pengurusan yang boleh digunakan oleh semua MAIN.
Â
SHAH ALAM, 14 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 16...
CERAMAH: TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA SEBELUM DAN SELEPAS KEMATIAN DI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
KUALA SELANGOR, 13 DIS -.Pihak MAIS melalui unit Baitulmal Daerah...
KELANTAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di...
KELANTAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di...