KAUNTER PENERANGAN BAITULMAL MAIS DI MASJID AL HUSNA
01 September 2023- Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Al Husna Bandar Sunway, Subang diatas jemputan membuka kaunter penerangan MAIS bersempena Bulan Faraid Negeri Selangor 2023. Alhamdulillah kaunter penerangan MAIS dibuka dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli kariah yang hadir bertanyakan hal-hal pengurusan pusaka. Disamping itu, diadakan juga Tazkirah Jumaat yang telah disampaikan oleh Ustaz Hj. Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran MAIS serta Kuliah Maghrib Khas yang disampaikan oleh Dr. Mohd Zamro bin Muda, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Syariah UKM. Semoga dengan perkongsian tersebut dapat memberi maklumat kepada ahli kariah yang hadir berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor. Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian:https://siswa.mais.gov.my Info lanjut, sila layari:www.mais.gov.my#mais #menjunjungamanah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #ilmufaraid #islamicestateplanning #baitulmalmais #rancanghartacelikpusaka #celikpewarisandanbaitulmal #masjidAlHusna BAITULMAL MAIS SAMPAIKAN TAZKIRAH JUMAAT KEPENTINGAN PEMBAHAGIAN PUSAKA 01 September 2023 – Baitulmal MAIS meneruskan meneruskan aktiviti dakwah… Berita Penuh September 5, 2023 MAIS ANJUR PROGRAM CEGAH GEJALA SOSIAL, TINGKATKAN PROSES PEMULIHAN ASNAF RIQAB KLANG, 27 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh September 5, 2023 KAUNTER PENERANGAN BAITULMAL MAIS DI MASJID AL HUSNA 01 September 2023 – Baitulmal MAIS meneruskan meneruskan aktiviti dakwah… Berita Penuh September 1, 2023 MAIS ADAKAN LAWATAN KE MAINS SEREMBAN, 30 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari… Berita Penuh August 30, 2023 DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR BERKENAN MELANTIK YB DR. MUHAMMAD FAHMI NGAH SEBAGAI ANGGOTA MAIS SHAH ALAM, 29 Ogos 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh August 30, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor