Berita MAIS

MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIPk
Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Lawatan seramai enam orang pegawai MAIPk diketuai oleh Ustaz Ahmad Nazim Md Tajuri, Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mal & Wakaf bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan aspek perundangan dan pengurusan wasiat orang Islam yang dilaksanakan di MAIS di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi perkembangan terkini pengurusan Baitulmal di MAIPk. Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal mengalu-alukan kehadiran lawatan dari MAIPk dan turut memberikan taklimat dan pembantangan berkaitan Pemerkasaan Pengurusan Baitulmal di MAIS. “Terima kasih kepada pihak MAIPk, semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa urusan kehartaan umat Islam. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dan MAIPk,”katanya. Delegasi turut melawat ke Kaunter Baitulmal, Bilik Rundingan serta pejabat Baitulmal MAIS. Turut hadir mewakili MAIS ialah Puan Noormala Mohd Saad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat; Ustaz Mohamad Salleh Abd Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran Sektor Baitulmal MAIS dan Puan Nurul Ain Mohd Azahari, Pegawai Undang-Undang MAIS. PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM, 22 Mei – Seramai enam orang pegawai Majlis… Berita Penuh May 24, 2023 PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM 18 MEI – Majlis Agama Islam Selangor mengadakan… Berita Penuh May 22, 2023 PROGRAM PENCEGAHAN KEPARAHAN SOSIAL BERTEMAKAN ”REMAJA BERWAWASAN” ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAIS Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 15, 2023 MAJLIS RAMAH MESRA DAN SAMBUTAN AIDILFITI TAHUN 2023M/1444H BAITUL ISLAH DISAMBUT MERIAH Serendah, 11 Mei – Biarpun Syawal semakin menghampiri ke penghujungnya,… Berita Penuh May 12, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIPk Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 12, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor