SETIAUSAHA MAIS TERIMA ANUGERAH ZAKAT KEBANGSAAN 2021
  Putrajaya, 18 Februari 2022 -Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selaku penerima Anugerah Ikon Asnaf Zakat Kebangsaan 2021 (Kategori Akademik). Anugerah telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar dan diikuti enam penerima anugerah lain di sini, hari ini. Selain Anugerah Zakat Kebangsaan kategori akademik, turut disampaikan Anugerah kategori Inovasi Zakat Terbaik (Kutipan) yang diterima oleh Lembaga Zakat Selangor, kategori Inovasi Zakat Terbaik (Agihan) diterima oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah dan beberapa kategori anugerah lain. Majlis penyampaian anugerah hari ini adalah bersempena Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2021 anjuran Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR). MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor