AGIHAN FIDYAH MAIS DITERUSKAN RM56,000.00 DIAGIH KEPADA 560 PENERIMA YANG LAYAK DI DAERAH HULU LANGAT, KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM

AGIHAN FIDYAH MAIS DITERUSKAN RM56,000.00 DIAGIH KEPADA 560 PENERIMA YANG LAYAK DI DAERAH HULU LANGAT, KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM

1 8

 

17 Februari 2022 – Alhamdulillah, MAIS hari ini telah mengagihkan sumbangan fidyah kepada 560 keluarga yang layak di daerah Hulu Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam dengan nilai sumbangan berjumlah RM56,000.00.

Daripada 560 keluarga itu, adalah penerima bagi daerah Hulu Langat seramai 520 keluarga, Kuala Selangor 20 Keluarga dan 20 keluarga bagi daerah Sabak Beram.

Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) antaranya ialah Masjid Al’Azim, Pejabat Agama Daerah Hulu Langat dan Pejabat Agama Islam Sabak Bernam.

Setiap penerima bantuan menerima set makanan kering berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan susu dengan nilai sumbangan berjumlah RM100. Semoga bantuan yang diagihkan dapat meringankan kos perbelanjaan seharian terutama kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpxv2.mais.gov.my/

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor