SETIAUSAHA MAIS TERIMA ANUGERAH ZAKAT KEBANGSAAN 2021
SETIAUSAHA MAIS TERIMA ANUGERAH ZAKAT KEBANGSAAN 2021
Putrajaya, 18 Februari 2022 -Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selaku penerima Anugerah Ikon Asnaf Zakat Kebangsaan 2021 (Kategori Akademik).
Anugerah telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar dan diikuti enam penerima anugerah lain di sini, hari ini.
Selain Anugerah Zakat Kebangsaan kategori akademik, turut disampaikan Anugerah kategori Inovasi Zakat Terbaik (Kutipan) yang diterima oleh Lembaga Zakat Selangor, kategori Inovasi Zakat Terbaik (Agihan) diterima oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah dan beberapa kategori anugerah lain.
Majlis penyampaian anugerah hari ini adalah bersempena Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2021 anjuran Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR).
Pendahuluan Secara asasnya, Allah SWT menjadikan manusia hidup secara berpasangan...
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...