MAIS TERIMA LAWATAN DARI PERSATUAN IMAM, PEGAWAI MASJID DAN PENOLONG PENDAFTAR NIKAH NEGERI SELANGOR (PIMPINAN)

MAIS TERIMA LAWATAN DARI PERSATUAN IMAM, PEGAWAI MASJID DAN PENOLONG PENDAFTAR NIKAH NEGERI SELANGOR (PIMPINAN)

1 6

 

SHAH ALAM 10 Februari 2022 – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima lawatan dari Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor (PIMPINAN) diketuai oleh Datuk Dr. Haji Yahya Baba, Yang Dipertua PIMPINAN di sini hari ini.

Delegasi seramai sembilan orang pegawai PIMPINAN telah hadir ke MAIS bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan berhubung pengurusan masjid dan surau di Negeri Selangor di samping memperkenalkan barisan pegawai PIMPINAN bagi sesi 2022.

YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS mengalu-ngalukan kehadiran PIMPINAN dan seterusnya mempengerusikan lawatan.

Turut hadir mewakili MAIS ialah YAD Dato’ Dr Haji Anhar Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS.

Hadir sama ialah Ustaz Mohamad Khair Zainal, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid JAIS dan Ustazah Hafizatul Akmal Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS.

Semoga jalinan ukhwah ini akan dapat memperkasa pengurusan masjid dan surau di Negeri Selangor dan Malaysia amnya.

 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor