Baitul Islah Anjur Hari AIDS Sedunia Dengan Kerjasama PENGASIH Selangor
SERENDAH, 5 Disember – Pusat Pemulihan Baitul Islah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama PENGASIH Selangor hari ini menganjurkan Majlis Hari AIDS Sedunia 2022. Program ini diadakan dengan tujuan memberi pendedahan berkaitan penjagaan kesihatan kepada pesakit HIV dengan betul, perkongsian pengalaman sepanjang proses pemulihan dadah dan rawatan HIV serta memberi semangat kepada pesakit HIV untuk terus menjalani kehidupan yang positif. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Penguasa Baitul Islah. Turut hadir dalam program ini adalah seramai 80 orang yang terdiri daripada pelatih dan warga kerja Pusat Pemulihan Baitul Islah. Hadir sama ialah Dr. Mohd Abd Hafiz bin Mohd Abd Rahim, Pakar Perubatan Jabatan Perubatan Hospital Sungai Buloh; Puan Hajjah Fadzilah Haji Abdul Hamid, Kaunselor HIV dan Exco Rumah Solehah dan Encik Jaafar Daud, Pengerusi Pertubuhan PENGASIH Selangor. Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS AADK merupakan sebuah pusat yang menempatkan penagih dadah tegar dan juga penghidap HIV di bawah seliaan Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor