MESYUARAT JAWATANKUASA RIQAB DAN TAKLIMAT PERATURAN PENDAFTARAN PEMULIHAN BERJAYA DILAKSANAKAN
MESYUARAT JAWATANKUASA RIQAB DAN TAKLIMAT PERATURAN PENDAFTARAN PEMULIHAN BERJAYA DILAKSANAKAN
SHAH ALAM, 6 Disember- Mesyuarat Jawatankuasa Riqab & Taklimat Peraturan Pendaftaran Pemulihan & Pengawalan Riqab telah berjaya dilaksanakan buat yang terakhir untuk tahun 2022.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS.
Mesyuarat dan taklimat membincangkan mengenai proses pemulihan, perlindungan dan rawatan kepada golongan asnaf riqab yang terbelenggu dengan masalah sosial dan jenayah syariah.
Turut hadir ialah Dato’ Haji Emran Haji Kadir, Timbalan Pengerusi MAIS; YAD Dato’ Dr Haji Anhar Haji Opir, Mufti Selangor; Dato’ Ali Mohamad, Pengerusi Rumah Pemulihan Riqab MAIS dan Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha ( Operasi) MAIS.
Semoga usaha untuk membantu proses pemulihan dan bimbingan asnaf riqab dapat dilaksanakan dengan lebih strategik.
Sesungguhnya yang dikatakan Sahabat Rasulullah SAW ialah mereka yang hidup...
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia...
SHAH ALAM, 4 Disember 2023 – Duli Yang Maha Mulia...
Alhamdulillah, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) selaku tuan rumah bagi penganjuran...
Hulu Selangor, 2 Disember 2023, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...