36 PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KLANG TIMBA PENGALAMAN DI MAIS
36 PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KLANG TIMBA PENGALAMAN DI MAIS
SHAH ALAM, 8 Disember – Seramai 36 pelajar dari Panitia Syariah, Pusat Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang (SMKTK) hadir ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menimba pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan Baitulmal.
Rombongan lawatan diketuai oleh Tuan Haji Aidi Jonli Saion, Panitia Syariah, Pusat Tingkatan Enam, SMKTK disambut mesra oleh Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS.
Antara lain dalam lawatan bertujuan menimba pengalaman dan kefahaman berhubung sukatan pelajaran dan pengurusan Baitulmal terutama amalan pengurusan harta Amanah, Hibah, Wasiat dan Pusaka.
Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera turut memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan pengurusan wasiat dan hibah yang disediakan oleh MAIS.
“Semoga perkongsian dan pengalaman ini dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan khususnya dalam pengurusan Baitulmal,”katanya.
Sementara itu, Tuan Haji Aidi berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas kesudian menerima lawatan dan berharap agar pelajar-pelajar dapat menggunakan pengalaman dan pengetahuan ini untuk menghadapi STPM yang akan datang.
Hadir sama mewakili MAIS ialah Ustaz Mohammad Salleh Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran MAIS.
Pendahuluan Secara asasnya, Allah SWT menjadikan manusia hidup secara berpasangan...
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...