PENGERUSI MAIS RASMIKAN PROGRAM TOWNHALL PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SELANGOR
SHAH ALAM, 18 Januari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berbesar hati meluangkan masa merasmikan Program Townhall Pengurusan Institusi Pendidikan Islam Negeri Selangor anjuran Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini. “Saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan kesungguhan kepada semua pihak terutama kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) dalam memartabatkan Institusi Pendidikan Islam di Negeri Selangor. “Semoga program yang dianjurkan ini dapat menjadi salah satu wadah untuk berdiskusi bagi merapatkan ukhwah Islam di semua peringkat,”kata Pengerusi MAIS. Seramai 200 orang mudir dan wakil Maahad Tahfiz sekitar Selangor turut hadir dalam program ini yang bertujuan membincangkan beberapa usul kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi memudahkan urusan pendidikan Islam Negeri Selangor dan beberapa isu yang berkaitan. Turut hadir dalam program ini ialah Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Haji Mohd Dom, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan; Tuan Anas Ayob, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam JAIS dan Tuan Haji Hanifuddin Roslan, Timbalan Pengarah, Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). ANCAMAN AKIDAH UMAT ISLAM DAKWAH DAN SOLUSINYA SHAH ALAM, 27 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh January 31, 2023 MAIS LANCAR PORTAL e-EDISI SHAH ALAM, 27 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh January 30, 2023 KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) KE PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) Putrajaya, 26 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari… Berita Penuh January 30, 2023 PENGERUSI MAIS RASMIKAN PROGRAM TOWNHALL PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SELANGOR SHAH ALAM, 18 Januari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh January 20, 2023 KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Shah Alam 10 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh January 10, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor