Lawatan Kerja Ke Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah Penjara Kluang
Lawatan Kerja Ke Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah Penjara Kluang
Kluang, 5 Disember–Lawatan kerja dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), JAKIM dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diadakan hari ini ke Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di Kompleks Penjara Kluang di sini bagi mendalami pengurusan dan pengoperasian sekolah ini.
Delegasi disambut oleh Pengarah Penjara Kluang, Rosman bin Norman@Normin, yang mengalu-alukan kehadiran delegasi.
Sekolah Agama Husnul Khatimah adalah sekolah agama pertama yang ditubuhkan dalam penjara untuk banduan.
Menurut Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS yang mengetuai lawatan kali ini, informasi dan pengalaman lawatan ini dapat dijadikan rujukan dalam usaha memperkasa pengagihan bantuan untuk asnaf riqab.
“Penubuhan sekolah ini, menjadi inspirasi kepada MAIS dan bahagian berkitan bagi diadaptasi dalam usaha memperkasa bantuan pemulihan kepada asnaf riqab di Selangor,” ujar beliau.
Turut difahamkan seramai 34 orang banduan sedang mengikuti kelas di sekolah ini dan ia amat membanggakan apabila nilai agama dan kerohanian tetap menjadi keutamaan dalam usaha pemulihan mereka, katanya lagi.
Delegasi yang dianggotai oleh Bahagian Riqab MAIS, Bahagian Undang-undang MAIS, Bahagian Pendidikan Islam JAIS dan wakil dari Bahagian Pendidikan JAKIM telah diberikan taklimat ringkas dan turut melawat sekitar sekolah bagi mendalami aktiviti seharian mereka.
Turut sama, Kadi daerah Kluang, As-Sheikh Hj Sabaruddin Isnin dan Ustaz Abd Halim Saljadi, Ketua Sektor Bahagian Pendidikan Islam, JAIS.
Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke...
SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam, 23 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 20 Januari – Seramai 40 orang mahasiswa dan...