BAITUL EHSAN JUARA KESELURUHAN PROGRAM KARNIVAL SUKAN PUSAT TAHUN 2023
SABAK BERNAM, 27 September 2023 – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS telah menganjurkan Karnival Sukan Baitul Ehsan 2023 bersama 3 rumah pemulihan riqab iaitu Raudhatus Sakinah, Rumah Puteri Arafiah dan Pusat Pemulihan Dar Assaadah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis perasmian penutup karnival sukan Baitul Ehsan ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof Madya Dr. Salasiah binti Hanin Hamjah, Peneraju Kluster Penyelidikan Warisan dan Masyarakat Madani, Pusat Idea UKM merangkap Ahli Jawatankuasa Riqab Negeri Selangor. Sebanyak 3 acara telah dipertandingkan iaitu pertandingan Bola Tampar (bergu), ping piong (perseorangan & bergu) dan karom (bergu). Seramai 54 orang pelatih telah turut serta dalam acara yang dipertandingkan hari ini.Antara objektif utama program karnival sukan pusat ini adalah meningkatkan moral pelatih sepanjang tempoh pemulihan dan merapatkan silaturahim di antara Rumah Pemulihan Majlis dengan Rumah Pemulihan Riqab yang lain. Selain itu ia merupakan pemangkin pembangunan modal insan yang cemerlang selaras dengan aspirasi MAIS untuk membangun dan melaksanakan program syiar Islam yang berimpak tinggi serta dijadikan contoh oleh organisasi Islam yang lain. Majlis karnival sukan ini juga turut dihadiri oleh Ustsz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Puan Nazatushima binti Osman Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Puan Siti Noorasmah binti Hamzah Pengurus Rumah Puteri Arafiah, Puan Nur Baidura binti Baharudin, Pengurus Raudhatus Sakinah dan Puan Nor Azlin binti Abu Mansor Pengetua Dar Assaadah serta 14 orang wakil agensi kerajaan yang turut serta meraikan majlis perasmian penutup karnival Sukan Baitul Ehsan 2023. BAITUL EHSAN JUARA KESELURUHAN PROGRAM KARNIVAL SUKAN PUSAT TAHUN 2023 SABAK BERNAM, 27 September 2023 – Pusat Perlindungan Wanita Baitul… Berita Penuh September 27, 2023 BAITUL ISLAH MAIS TERIMA KUNJUNGAN JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA SERENDAH, 25 September – Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS berbesar… Berita Penuh September 25, 2023 PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT RIQAB BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG JAWA KLANG, 25 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh September 25, 2023 KAUNTER PENERANGAN MAIS SEMPENA PROGRAM MINI KARNIVAL 4.0 23 September 2023- Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Pihak Pengurusan… Berita Penuh September 23, 2023 KAUNTER PENERANGAN MAIS SEMPENA PROGRAM MINI KARNIVAL 4.0 23 September 2023- Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Pihak Pengurusan… Berita Penuh September 23, 2023 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor